Welcome to Research and Innovation @ USM Official Website       Icon Facebook In circle PNG

  • ALL_rcmo_content

Post-Doctoral Fellow

  • FELO PASCA DOKTORAL (PEMBIAYAAN USM)

    1. NAMA SKIM
    • Felo Pasca Doktoral (Pembiayaan USM)

    2. DEFINISI

    i.    Felo Pasca Doktoral (FPD) adalah lantikan penyelidik lepasan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang boleh menjalankan penyelidikan secara sepenuh masa ke arah kecemerlangan penyelidikan dan inovasi dalam sesuatu bidang penyelidikan bagi menghasilkan penulisan bahan ilmiah.
    ii.   Semua pelantikan/ pelantikan semula FPD yang menggunakan peruntukan USM adalah bergantung kepada kemampuan Universiti pada satu-satu masa yang akan ditawarkan melalui iklan pengambilan dari masa ke semasa.
    iii.  FPD dibayar honorarium/gaji secara pukal dan menggunakan Tabung Universiti Penyelidikan: 1001.JPNP.AUPE002 atau mana-mana tabung pembiayaan lain Universiti yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
     
    3. SYARAT KELAYAKAN PENYELIA
    1. Merupakan staf akademik warganegara yang bertaraf tetap dan disahkan di dalam jawatan.
    2. Melibatkan diri secara berterusan dalam penyelidikan, penerbitan dan penyeliaan.
    3. Melibatkan diri secara aktif sebagai penyelidik dalam tempoh lima (5) tahun terkini.
    4. Aktif di dalam penyelidikan dengan sentiasa menghasilkan output penyelidikan yang cemerlang dalam tiga (3) tahun terkini.
    5. Menerbit sekurang-kurangnya tiga (3) penerbitan sebagai Penulis Utama (Corresponding) atau Penulis Pertama dalam tiga (3) tahun terkini di dalam:
      a. Bidang Sains - Jurnal berindek ISI Web of Science termasuk satu (1) penerbitan di dalam Q1/ Q2 JCR.
      b. Bidang Bukan Sains - Jurnal berindeks SCOPUS termasuk satu (1) satu penerbitan di dalam Q1/ Q2 SCImago Journal Rank (SJR) atau JCR. Keutamaan diberikan kepada penerbitan di dalam JCR.
    6. Mempunyai geran penyelidikan luar yang aktif sebagai ketua penyelidik dan tempoh baki minimum adalah enam (6) bulan pada tarikh permohonan.
    7. Mempunyai pengalaman mengijazahkan pelajar PhD sebagai Penyelia Utama (sekurang-kurangnya satu (1) orang pelajar PhD).
    8. Penyelia yang telah diluluskan.

    4. SYARAT KELAYAKAN CALON

    1. Mempunyai merit akademik dan output penyelidikan yang baik dalam tiga (3) tahun terkini terutamanya penerbitan, iaitu: 
      a. Bidang Sains - Dua (2) penerbitan di dalam jurnal berindeks ISI Web of Science (Q1/Q2 di dalam Journal Citation Report (JCR) sahaja) dengan satu (1) daripada penerbitan sebagai Penulis Pertama.
      ATAU
      Satu (1) Paten.
      b. Bidang Bukan Sains - Dua (2) penerbitan di dalam jurnal berindeks Scopus (Q1/Q2 di dalam SCImago Journal Rank (SJR) atau (JCR) dengan satu (1) daripada penerbitan sebagai Penulis Pertama. Keutamaan.
    2. Bidang lantikan adalah terbuka dan perlu bersesuaian dengan penyelia yang telah dikenal pasti mengikut pusat pengajian/ pusat kecemerlangan.

    5. PELANTIKAN

    1. Taraf lantikan dikategorikan sebagai Felo.
    2. Tempoh minimum lantikan FPD adalah selama satu (1) tahun.
    3. Sepenuh masa di USM.
    4. FPD tidak dibenarkan untuk memegang jawatan lain samada di dalam atau di luar USM.

    6. PELANTIKAN SEMULA

    1. Pelantikan semula boleh dipertimbangkan (tertakluk kepada pencapaian KPI).
    2. Penyelia bertanggungjawab memastikan FPD mencapai KPI yang ditetapkan dan mengemukakan permohonan pelantikan semula FPD kepada Pegawai Pentadbiran – Sumber Manusia PTJ/ Bahagian Penyelidikan dan Inovasi tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat untuk pertimbangan.
    3. Pusat Pengajian perlu menyertakan kesemua laporan kemajuan FPD sepanjang tempoh lantikan untuk pertimbangan pelantikan semula FPD.
    4. Semua calon pelantikan semula boleh dipanggil untuk ditemuduga oleh Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia PTJ.
    7. SUMBER GAJI
    • Dana Universiti

    8. PENETAPAN GAJI

    • Gaji bulanan RM5,500.00 sebulan

    9. ELAUN

    • Tiada.

    10. CUTI REHAT

    1. FPD layak menikmati Cuti Rehat empat belas (14) hari setahun.
    2. Cuti Rehat yang tidak digunakan adalah luput apabila sesuatu kontrak yang berkuat kuasa tamat.
    3. Permohonan Cuti Rehat perlu diluluskan oleh Dekan dan Penyelia. Sekiranya FPD mengambil cuti tanpa kelulusan, Universiti boleh menamatkan perkhidmatan FPD tersebut.
    4. FPD tidak layak memohon cuti-cuti lain.
    5. Bayaran gaji/honorarium FPD akan diberhentikan sekiranya permohonan cuti selain cuti rehat melebihi empat belas (14) hari dari kelayakan dengan kelulusan Ketua Jabatan.
    6. Kemudahan cuti dikira secara prorata berdasarkan bulan berkhidmat.

    11. CUTI SAKIT

    • Kelayakan Cuti Sakit adalah sebanyak tujuh (7) hari setahun.

    12. CUTI BERSALIN

    • Tiada

    13. KEMUDAHAN PERUBATAN

    1. Hanya layak menerima kemudahan perubatan di Pusat Sejahtera/Klinik IPPT/Hospital USM (HUSM).
    2. Semua kemudahan perkhidmatan hanya diberikan TERHAD kepada FPD sahaja dan tidak termasuk tanggungan.

    14. KEMUDAHAN YANG TIDAK DITANGGUNG/ TIDAK DISEDIAKAN OLEH UNIVERSITI

    1. Penginapan dan pengangkutan.
    2. Urusan suami/isteri dan anak-anak FPD.
    3. Pendidikan anak-anak FPD.
    4. Semua yuran pemeriksaan perubatan.
    5. Pelindungan insurans (FPD dinasihatkan untuk mengambil insurans kesihatan)
    6. Kos pemeterian perjanjian dan visa.
    7. Bayaran Ganjaran/ Gratuiti.
    8. Ganjaran Cuti Rehat/ Award Wang Tunai (AWT).
    9. Potongan KWSP.
    10. Bonus/Imbuhan.

    15. CUKAI

    • Felo Pasca Doktoral mestilah membuat penyelesaian cukai tidak lewat daripada tiga (3) bulan daripada tempoh penamatan lantikan.

    16. PETUNJUK PRESTASI (KPI)

    1. Menghasilkan dua (2) penerbitan sebagai Penulis Pertama:
      a. Bidang Sains - Menghasilkan dua (2) penerbitan sebagai Penulis Pertama di dalam jurnal berindeks ISI Web of Science (Q1/Q2 di dalam Journal Citation Report (JCR) sahaja).
      b. Bidang Bukan Sains - Menghasilkan dua (2) penerbitan sebagai Penulis Pertama di dalam jurnal berindeks Scopus (Q1/Q2 di dalam SCImago Journal Rank (SJR) atau (JCR) . Penerbitan di dalam jurnal JCR amat digalakan.
    2. Penerbitan/KPI FPD akan diambil kira sebagai KPI tambahan kepada KPI sedia ada Penyelia yang telah ditetapkan Universiti.

    KPI ini adalah kriteria utama penilaian dan pertimbangan bagi permohonan pelantikan semula (sekiranya ada).

    17. NOTIS BERHENTI KERJA

    1. FPD boleh meletak jawatan dengan memberi tiga puluh (30) hari notis atau dengan membayar balik satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis.
    2. Ketua Jabatan diberikan kuasa untuk meluluskan peletakan jawatan FPD dan disalinkan surat kelulusan tersebut ke Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dan Bahagian Sumber Manusia.

    18. PENAMATAN

    Universiti dan FPD boleh menamatkan perkhidmatan dengan memberi notis secara bertulis dan perkhidmatan FPD boleh ditamatkan mengikut syarat-syarat berikut:

    1. Ditamatkan Dalam Tempoh Perkhidmatan
      Perkhidmatan FPD boleh ditamatkan dengan diberi tiga puluh (30) hari notis atau dibayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis tanpa diberi sebarang sebab.
    2. Pengakuan Palsu
      Pihak universiti boleh menamatkan perkhidmatan FPD dengan serta merta sekiranya didapati mana-mana butiran atau maklumat yang dikemukakan semasa membuat permohonan bagi jawatan ini tidak benar, palsu dan sebagainya.
  • FELO PASCA DOKTORAL (PEMBIAYAAN GERAN PENYELIDIKAN / TAJAAN LUAR / SUMBER PTJ / TANPA PEMBIAYAAN)

    1. NAMA SKIM
    • Felo Pasca Doktoral (Geran Penyelidikan/Tajaan Luar/Sumber PTJ/Tanpa Pembiayaan)
      Geran Dalaman dan Geran Kementerian adalah tidak dibenarkan.
      (tertakluk kepada syarat dan garis panduan serta kelulusan dari penaja)

    2. DEFINISI

    1. Felo pasca doktoral (FPD) adalah lantikan penyelidik lepasan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang boleh menjalankan penyelidikan secara sepenuh masa ke arah kecemerlangan penyelidikan dan inovasi dalam sesuatu bidang penyelidikan bagi menghasilkan penulisan bahan ilmiah.
    2. Kadar sesuatu bayaran honorarium/gaji kepada FPD dan tempoh lantikan boleh ditentukan oleh penyelia berdasarkan kemampuan kewangan.
    3. SYARAT KELAYAKAN PENYELIA
    1. Melibatkan diri secara berterusan dalam penyelidikan, penerbitan dan penyeliaan.
    2. Melibatkan diri secara aktif sebagai penyelidik dalam tempoh lima (5) tahun terkini.
    3. Lain-lain syarat seperti yang ditentukan oleh penaja.

    4. SYARAT KELAYAKAN CALON

    1. Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
    2. Lain-lain syarat seperti yang ditentukan oleh penaja.
    5. PELANTIKAN
    1. Taraf lantikan dikategorikan sebagai Felo.
    2. Tempoh lantikan minimum enam (6) bulan dan tidak melebihi tempoh maksimum keseluruhan lima (5) tahun.
    3. Sepenuh masa di USM.

    6. PELANTIKAN SEMULA

    1. Penyelia bertanggungjawab memastikan FPD mencapai KPI yang ditetapkan dan mengemukakan permohonan pelantikan semula FPD kepada Pegawai Pentadbiran – Sumber Manusia PTJ/ Bahagian Penyelidikan dan Inovasi tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat untuk pertimbangan.
    2. Pusat Pengajian perlu menyertakan kesemua laporan kemajuan FPD sepanjang tempoh lantikan untuk pertimbangan pelantikan semula FPD.
    3. Semua calon pelantikan semula boleh dipanggil untuk ditemuduga oleh Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia PTJ.
    7. SUMBER GAJI
    • Dana Geran Penyelidikan/Tajaan Luar/Sumber PTJ/Tanpa Pembiayaan. (Tertakluk kepada kecukupan peruntukan dana)

    8. PENETAPAN GAJI

    • Kadar bulanan yang telah ditetapkan oleh penaja
      Geran Dalaman dan Geran Kementerian adalah tidak dibenarkan.
      (Tertakluk kepada syarat dan garis panduan serta kelulusan dari penaja)

    9. ELAUN

    • Tiada.

    10. CUTI REHAT

    1. FPD layak menikmati Cuti Rehat empat belas (14) hari setahun.
    2. Cuti Rehat yang tidak digunakan adalah luput apabila sesuatu kontrak yang berkuat kuasa tamat.
    3. Kemudahan cuti dikira secara prorata berdasarkan bulan berkhidmat.

    11. CUTI SAKIT

    • Kelayakan Cuti Sakit adalah sebanyak tujuh (7) hari setahun.

    12. CUTI BERSALIN

    • Tiada

    13. KEMUDAHAN PERUBATAN

    1. Hanya layak menerima kemudahan perubatan di Pusat Sejahtera/Klinik IPPT/Hospital USM (HUSM).
    2. Semua kemudahan perkhidmatan hanya diberikan TERHAD kepada FPD sahaja dan tidak termasuk tanggungan.

    14. KEMUDAHAN YANG TIDAK DITANGGUNG/ TIDAK DISEDIAKAN OLEH UNIVERSITI

    1. Penginapan dan pengangkutan.
    2. Urusan suami/isteri dan anak-anak FPD.
    3. Pendidikan anak-anak FPD.
    4. Semua yuran pemeriksaan perubatan.
    5. Pelindungan insurans (FPD dinasihatkan untuk mengambil insurans kesihatan)
    6. Kos pemeterian perjanjian dan visa.
    7. Bayaran Ganjaran/ Gratuiti.
    8. Ganjaran Cuti Rehat/ Award Wang Tunai (AWT).
    9. Potongan KWSP.
    10. Bonus/Imbuhan.

    15. CUKAI

    • Felo Pasca Doktoral mestilah membuat penyelesaian cukai tidak lewat daripada tiga (3) bulan daripada tempoh penamatan lantikan.

    16. PETUNJUK PRESTASI (KPI)

    • Seperti yang ditetapkan oleh penaja.

    17. NOTIS BERHENTI KERJA

    1. FPD boleh meletak jawatan dengan memberi tiga puluh (30) hari notis atau dengan membayar balik satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis.
    2. Ketua Jabatan diberikan kuasa untuk meluluskan peletakan jawatan FPD dan disalinkan surat kelulusan tersebut ke Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dan Bahagian Sumber Manusia.

    18. PENAMATAN

    Universiti dan FPD boleh menamatkan perkhidmatan dengan memberi notis secara bertulis dan perkhidmatan FPD boleh ditamatkan mengikut syarat-syarat berikut:

    1. Ditamatkan Dalam Tempoh Perkhidmatan
      Perkhidmatan FPD boleh ditamatkan dengan diberi tiga puluh (30) hari notis atau dibayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis tanpa diberi sebarang sebab.
    2. Pengakuan Palsu
      Pihak universiti boleh menamatkan perkhidmatan FPD dengan serta merta sekiranya didapati mana-mana butiran atau maklumat yang dikemukakan semasa membuat permohonan bagi jawatan ini tidak benar, palsu dan sebagainya.
  • BORANG-BORANG POST-DOCTORAL FELLOW

Read more …Post-Doctoral Fellow

  • Hits: 8641

CONTRACT APPOINMENT

For RA/RO application, please click here :

For GRA application, please click here :

GRADUATE RESEARCH ASSISTANT SCHEME

GRA Scheme (Skim Siswazah Pembantu) updated 10th August 2022

Read more …CONTRACT APPOINTMENT

  • Hits: 7803

{slider title="PPRN (Public-Private Research Network)" open="false"}

{slider CREST & University (Matching Grant)}

{/sliders}

  • Hits: 95

Read more …National

  • Hits: 943

All Rights Reserved©R&I

Division of Research & Innovation,
Level 6, Chancellory, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 3108 | No. Faks : 04-656 6466        
Email : rni@usm.my
Research Creativity and Management Office
Level 2, Chancellory II, Building E42, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
No. Telefon : +604-653 6537/6525 | No. Faks : 04-653 6553/6554  
Email : rcmo@usm.my