Post-Doctoral Fellow
- FELO PASCA DOKTORAL (PEMBIAYAAN USM)
- FELO PASCA DOKTORAL (PEMBIAYAAN GERAN PENYELIDIKAN / TAJAAN LUAR / SUMBER PTJ / TANPA PEMBIAYAAN)
- BORANG-BORANG POST-DOCTORAL FELLOW
- Felo Pasca Doktoral (Pembiayaan USM)
2. DEFINISI
- Merupakan staf akademik warganegara yang bertaraf tetap dan disahkan di dalam jawatan.
- Melibatkan diri secara berterusan dalam penyelidikan, penerbitan dan penyeliaan.
- Melibatkan diri secara aktif sebagai penyelidik dalam tempoh lima (5) tahun terkini.
- Aktif di dalam penyelidikan dengan sentiasa menghasilkan output penyelidikan yang cemerlang dalam tiga (3) tahun terkini.
- Menerbit sekurang-kurangnya tiga (3) penerbitan sebagai Penulis Utama (Corresponding) atau Penulis Pertama dalam tiga (3) tahun terkini di dalam:
- a. Bidang Sains - Jurnal berindek ISI Web of Science termasuk satu (1) penerbitan di dalam Q1/ Q2 JCR.
- b. Bidang Bukan Sains - Jurnal berindeks SCOPUS termasuk satu (1) satu penerbitan di dalam Q1/ Q2 SCImago Journal Rank (SJR) atau JCR. Keutamaan diberikan kepada penerbitan di dalam JCR.
- Mempunyai geran penyelidikan luar yang aktif sebagai ketua penyelidik dan tempoh baki minimum adalah enam (6) bulan pada tarikh permohonan.
- Mempunyai pengalaman mengijazahkan pelajar PhD sebagai Penyelia Utama (sekurang-kurangnya satu (1) orang pelajar PhD).
- Penyelia yang telah diluluskan.
4. SYARAT KELAYAKAN CALON
-
Mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
-
Mempunyai merit akademik dan output penyelidikan yang baik dalam tiga (3) tahun terkini terutamanya penerbitan, iaitu:
ATAU Satu (1) Paten.
5. PELANTIKAN
- Taraf lantikan dikategorikan sebagai Felo.
- Tempoh minimum lantikan FPD adalah selama satu (1) tahun.
- Sepenuh masa di USM.
- FPD tidak dibenarkan untuk memegang jawatan lain samada di dalam atau di luar USM.
6. PELANTIKAN SEMULA
- Pelantikan semula boleh dipertimbangkan (tertakluk kepada pencapaian KPI).
- Penyelia bertanggungjawab memastikan FPD mencapai KPI yang ditetapkan dan mengemukakan permohonan pelantikan semula FPD kepada Pegawai Pentadbiran – Sumber Manusia PTJ/ Bahagian Penyelidikan dan Inovasi tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat untuk pertimbangan.
- Pusat Pengajian perlu menyertakan kesemua laporan kemajuan FPD sepanjang tempoh lantikan untuk pertimbangan pelantikan semula FPD.
- Semua calon pelantikan semula boleh dipanggil untuk ditemuduga oleh Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia PTJ.
- Dana Universiti
8. PENETAPAN GAJI
-
Gaji bulanan RM5,500.00 sebulan(Tidak termasuk caruman PERKESO)
9. ELAUN
- Tiada.
10. CUTI REHAT
- FPD layak menikmati Cuti Rehat empat belas (14) hari setahun.
- Cuti Rehat yang tidak digunakan adalah luput apabila sesuatu kontrak yang berkuat kuasa tamat.
- Permohonan Cuti Rehat perlu diluluskan oleh Dekan dan Penyelia. Sekiranya FPD mengambil cuti tanpa kelulusan, Universiti boleh menamatkan perkhidmatan FPD tersebut.
- FPD tidak layak memohon cuti-cuti lain.
- Bayaran gaji/honorarium FPD akan diberhentikan sekiranya permohonan cuti selain cuti rehat melebihi empat belas (14) hari dari kelayakan dengan kelulusan Ketua Jabatan.
- Kemudahan cuti dikira secara prorata berdasarkan bulan berkhidmat.
11. CUTI SAKIT
- Kelayakan Cuti Sakit adalah sebanyak tujuh (7) hari setahun.
12. CUTI BERSALIN
- Tiada
13. KEMUDAHAN PERUBATAN
- Hanya layak menerima kemudahan perubatan di Pusat Sejahtera/Klinik IPPT/Hospital USM (HUSM).
- Semua kemudahan perkhidmatan hanya diberikan TERHAD kepada FPD sahaja dan tidak termasuk tanggungan.
14. KEMUDAHAN YANG TIDAK DITANGGUNG/ TIDAK DISEDIAKAN OLEH UNIVERSITI
- Penginapan dan pengangkutan.
- Urusan suami/isteri dan anak-anak FPD.
- Pendidikan anak-anak FPD.
- Semua yuran pemeriksaan perubatan.
- Pelindungan insurans (FPD dinasihatkan untuk mengambil insurans kesihatan)
- Kos pemeterian perjanjian dan visa.
- Bayaran Ganjaran/ Gratuiti.
- Ganjaran Cuti Rehat/ Award Wang Tunai (AWT).
- Potongan KWSP.
- Bonus/Imbuhan.
15. CUKAI
- Felo Pasca Doktoral mestilah membuat penyelesaian cukai tidak lewat daripada tiga (3) bulan daripada tempoh penamatan lantikan.
16. PETUNJUK PRESTASI (KPI)
a. Bidang Sains
b. Bidang Bukan Sains
-
Penerbitan/KPI FPD akan diambil kira sebagai KPI tambahan kepada KPI sedia ada Penyelia yang telah ditetapkan Universiti.
KPI ini adalah kriteria utama penilaian dan pertimbangan bagi permohonan pelantikan semula (sekiranya ada).
17. NOTIS BERHENTI KERJA
- FPD boleh meletak jawatan dengan memberi tiga puluh (30) hari notis atau dengan membayar balik satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis.
- Ketua Jabatan diberikan kuasa untuk meluluskan peletakan jawatan FPD dan disalinkan surat kelulusan tersebut ke Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dan Bahagian Sumber Manusia.
18. PENAMATAN
Universiti dan FPD boleh menamatkan perkhidmatan dengan memberi notis secara bertulis dan perkhidmatan FPD boleh ditamatkan mengikut syarat-syarat berikut:
- Ditamatkan Dalam Tempoh Perkhidmatan
Perkhidmatan FPD boleh ditamatkan dengan diberi tiga puluh (30) hari notis atau dibayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis tanpa diberi sebarang sebab. - Pengakuan Palsu
Pihak universiti boleh menamatkan perkhidmatan FPD dengan serta merta sekiranya didapati mana-mana butiran atau maklumat yang dikemukakan semasa membuat permohonan bagi jawatan ini tidak benar, palsu dan sebagainya.
updated Oktober 2nd 2024
- Felo Pasca Doktoral (Geran Penyelidikan/Tajaan Luar/Sumber PTJ/Tanpa Pembiayaan)
Geran Dalaman dan Geran Kementerian adalah tidak dibenarkan.
(tertakluk kepada syarat dan garis panduan serta kelulusan dari penaja)
2. DEFINISI
- Felo pasca doktoral (FPD) adalah lantikan penyelidik lepasan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang boleh menjalankan penyelidikan secara sepenuh masa ke arah kecemerlangan penyelidikan dan inovasi dalam sesuatu bidang penyelidikan bagi menghasilkan penulisan bahan ilmiah.
- Kadar sesuatu bayaran honorarium/gaji kepada FPD dan tempoh lantikan boleh ditentukan oleh penyelia berdasarkan kemampuan kewangan.
- Melibatkan diri secara berterusan dalam penyelidikan, penerbitan dan penyeliaan.
- Melibatkan diri secara aktif sebagai penyelidik dalam tempoh lima (5) tahun terkini.
- Lain-lain syarat seperti yang ditentukan oleh penaja.
4. SYARAT KELAYAKAN CALON
- Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
- Lain-lain syarat seperti yang ditentukan oleh penaja.
- Taraf lantikan dikategorikan sebagai Felo.
- Tempoh lantikan minimum enam (6) bulan dan tidak melebihi tempoh maksimum keseluruhan lima (5) tahun.
- Sepenuh masa di USM.
6. PELANTIKAN SEMULA
- Penyelia bertanggungjawab memastikan FPD mencapai KPI yang ditetapkan dan mengemukakan permohonan pelantikan semula FPD kepada Pegawai Pentadbiran – Sumber Manusia PTJ/ Bahagian Penyelidikan dan Inovasi tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat untuk pertimbangan.
- Pusat Pengajian perlu menyertakan kesemua laporan kemajuan FPD sepanjang tempoh lantikan untuk pertimbangan pelantikan semula FPD.
- Semua calon pelantikan semula boleh dipanggil untuk ditemuduga oleh Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia PTJ.
- Dana Geran Penyelidikan/Tajaan Luar/Sumber PTJ/Tanpa Pembiayaan. (Tertakluk kepada kecukupan peruntukan dana)
8. PENETAPAN GAJI
- Kadar bulanan yang telah ditetapkan oleh penaja
Geran Dalaman dan Geran Kementerian adalah tidak dibenarkan.
(Tertakluk kepada syarat dan garis panduan serta kelulusan dari penaja)
9. ELAUN
- Tiada.
10. CUTI REHAT
- FPD layak menikmati Cuti Rehat empat belas (14) hari setahun.
- Cuti Rehat yang tidak digunakan adalah luput apabila sesuatu kontrak yang berkuat kuasa tamat.
- Kemudahan cuti dikira secara prorata berdasarkan bulan berkhidmat.
11. CUTI SAKIT
- Kelayakan Cuti Sakit adalah sebanyak tujuh (7) hari setahun.
12. CUTI BERSALIN
- Tiada
13. KEMUDAHAN PERUBATAN
- Hanya layak menerima kemudahan perubatan di Pusat Sejahtera/Klinik IPPT/Hospital USM (HUSM).
- Semua kemudahan perkhidmatan hanya diberikan TERHAD kepada FPD sahaja dan tidak termasuk tanggungan.
14. KEMUDAHAN YANG TIDAK DITANGGUNG/ TIDAK DISEDIAKAN OLEH UNIVERSITI
- Penginapan dan pengangkutan.
- Urusan suami/isteri dan anak-anak FPD.
- Pendidikan anak-anak FPD.
- Semua yuran pemeriksaan perubatan.
- Pelindungan insurans (FPD dinasihatkan untuk mengambil insurans kesihatan)
- Kos pemeterian perjanjian dan visa.
- Bayaran Ganjaran/ Gratuiti.
- Ganjaran Cuti Rehat/ Award Wang Tunai (AWT).
- Potongan KWSP.
- Bonus/Imbuhan.
15. CUKAI
- Felo Pasca Doktoral mestilah membuat penyelesaian cukai tidak lewat daripada tiga (3) bulan daripada tempoh penamatan lantikan.
16. PETUNJUK PRESTASI (KPI)
- Seperti yang ditetapkan oleh penaja.
17. NOTIS BERHENTI KERJA
- FPD boleh meletak jawatan dengan memberi tiga puluh (30) hari notis atau dengan membayar balik satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis.
- Ketua Jabatan diberikan kuasa untuk meluluskan peletakan jawatan FPD dan disalinkan surat kelulusan tersebut ke Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dan Bahagian Sumber Manusia.
18. PENAMATAN
Universiti dan FPD boleh menamatkan perkhidmatan dengan memberi notis secara bertulis dan perkhidmatan FPD boleh ditamatkan mengikut syarat-syarat berikut:
- Ditamatkan Dalam Tempoh Perkhidmatan
Perkhidmatan FPD boleh ditamatkan dengan diberi tiga puluh (30) hari notis atau dibayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis tanpa diberi sebarang sebab. - Pengakuan Palsu
Pihak universiti boleh menamatkan perkhidmatan FPD dengan serta merta sekiranya didapati mana-mana butiran atau maklumat yang dikemukakan semasa membuat permohonan bagi jawatan ini tidak benar, palsu dan sebagainya.
updated Oktober 2nd 2024
- Borang-borang Post-Doctoral Fellow
Updated October 2nd 2024