PENGEMASKINIAN LAPORAN PEMANTAUAN BAGI PROGRAM/PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT) BILANGAN 1 TAHUN 2025
Seperti mana YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, program/projek penyelidikan yang telah diluluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada pemantauan secara berjadual bagi setiap enam (6) bulan sepanjang tempoh penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan adalah mengikut perancangan dan pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta pemantauan yang berkesan di peringkat IPT/institusi oleh pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).
Untuk tujuan tersebut, Ketua Program/Projek hendaklah mengemukakan laporan prestasi dan kewangan (data pencapaian sehingga 31 Disember 2024) kepada pihak RCMO merangkumi skim geran penyelidikan berikut:
(i) Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2020 hingga Fasa 1/2023;
(ii) Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2022 hingga Fasa 1/2023;
(iii) Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Fasa 1/2020 hingga Fasa 1/2022;
(iv) Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 hingga Fasa 1/2020; dan
(v) Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang-Jejak Sarjana Ulung (LRGS-JSU).
Untuk makluman, laporan prestasi bagi kitaran pemantauan Bilangan 1 Tahun 2025 hendaklah disediakan secara manual memandangkan sistem MyGRANTS masih belum dapat digunapakai. Sehubungan itu, pihak penyelidik dimohon untuk menghantar laporan kemajuan kitaran pemantauan Bilangan 1 Tahun 2025 ini secara salinan digital (softcopy) mengikut Borang Laporan Kemajuan yang telah dilampirkan (beserta bukti bagi penerbitan, bakat, IP dan prototaip (PRGS) sekiranya ada) selewat-lewatnya pada 25 April 2025 (Jumaat) mengikut ketetapan berikut:
FRGS – Semua penyelidik perlu menghantar ke PTJ masing-masing melalui Pejabat Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti PTJ dan pihak PTJ akan majukan kepada sekretariat pemantauan RCMO
Cik Siti Waringin Oon (Batch 2022/ Batch 2023) >> waringin@usm.my
En Muhammad Nasrul Abu Bakar (Batch 2021) >> mnasrul@usm.my
En Amizar Ahmad (Batch 2020) >> amizar@usm.my
PRGS, TRGS dan LRGS – Semua penyelidik perlu menghantar terus kepada sekretariat pemantauan RCMO
PRGS dan TRGS – Puan Irni Syuhada Ibrahim >> irnisyuhada@usm.my
LRGS – Puan Nurul Farhana Che Hassan>> farhana.hs@usm.my
Bersama-sama ini dilampirkan Borang Laporan Kemajuan mengikut skim geran penyelidikan masing-masing untuk kegunaan semua penyelidik.
Perhatian dan tindakan YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam penghantaran laporan kemajuan bagi pemantauan Bilangan 1 Tahun 2025 amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 47