Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

CAJ MEMPROSES ARTIKEL updated May 15th 2026

Selaras dengan agenda universiti untuk memperkukuhkan prestasi penerbitan Quartile Q1/Q2, Top 10% jurnal JCR serta meningkatkan kadar sitasi, pembiayaan APC menyediakan mekanisma sokongan kewangan bagi penerbitan dalam jurnal akses terbuka, berimpak tinggi dan bereputasi.

Permohonan bantuan pembiayaan Article Processing Charges (APC) dibuka untuk dipohon oleh Ahli Akademik dan Pegawai Penyelidik USM yang bertindak sebagai penulis pertama/koresponden. Permohonan hanya layak jika penulis koresponden merupakan ahli akademik/Pegawai Penyelidik USM. Hanya artikel dalam jurnal kategori Gold Open Access pertimbangan. Sekiranya bayaran dibuat oleh pihak lain contohnya pelajar, permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan untuk pembiayaan Article Processing Charges (APC). Jumlah pembiayaan adalah dengan kadar seperti berikut:

  • Quartile 1 = RM8,000.00
  • Quartile 2 = RM4,000.00

Permohonan pembiayaan APC dihadkan kepada dua (2) kali sahaja permohonan setahun (selagi peruntukan masih ada) mengikut kelayakan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Gabenor Universiti (LGU) seperti berikut: -

JAWATAN PENERBITAN (KPI)
Profesor Dua penerbitan di Q1
Profesor Madya Dua penerbitan di Q1/Q2 dengan sekurang-kurangnya satu (1) Q1
Pensyarah kanan/pensyarah Dua penerbitan di Q1-Q3 sekurang-kurangnya 1 Q1/Q2

Universiti boleh mempertimbangkan pemberian lebih daripada dua kali dengan keutamaan diberikan kepada penerbitan di Q1 atau pensyarah muda. Ini masih tertakluk kepada ketersediaan peruntukan.

Pembiayaan penuh juga diberikan kepada penerbitan dalam kelompok Jurnal 10% teratas JCR. Penyelidik perlu mengemukakan borang permohonan APC berserta bukti bahawa jurnal yang dihantar memenuhi kriteria tersebut. Syarat permohonan untuk kategori ini adalah mengikut syarat sedia ada bagi permohonan APC.

Bagi permohonan APC yang artikelnya diterima (Accepted) oleh penerbit sebelum 20 Jun 2026, bahagian ini akan merujuk kepada nilai quartile (Q) yang sama seperti tahun 2024. Oleh itu, jika jurnal berubah quartile dari Q1 ke Q2 (contohnya pada senarai tahun 2025), artikel yang diterima (Received) oleh penerbit sebelum 20 Jun 2026 masih akan dipertimbangkan sebagai jurnal Q1.

Pertimbangan kelulusan akan mengambilkira beberapa perkara berikut:

i. Penerbit yang Dilarang:

Bantuan APC universiti tidak membenarkan bayaran kepada: Hindawi, Frontiers, dan MDPI, selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada tahun 2023.

ii. Jurnal Pemangsa:

Penyelidik juga dimohon untuk menilai dengan teliti jurnal dan penerbit bagi mengelakkan pemilihan penerbit atau jurnal yang meragukan atau berpotensi sebagai jurnal pemangsa (predatory journals). Elakkan juga menerbit data-data yang belum sahih atau agak meragukan yang boleh membawa kepada 'article retraction' dikemudian hari.

iii. Penulis bersama:

Bahagian ini amat menggalakkan kerjasama penyelidik USM dengan rakan kolaborasi, terutama penulisan bersama dengan rakan-rakan industri dan universiti luar terutamanya universiti tersohor di dunia. Walau bagaimanapun, penyelidik perlu berhati-hati dalam memilih rakan kolaborasi ini bagi mengelakkan sebarang isu yang tidak diingini pada masa hadapan.

iv.Dasar Etika:

Penyelidik disarankan mematuhi dasar dan garis panduan etika penyelidikan universiti.

Terdapat banyak jurnal dalam Quartile 1 dan 2 yang tidak memerlukan sebarang pembayaran APC. Oleh itu, kerjasama semua penyelidik amatlah dihargai untuk mengutamakan penerbitan dalam jurnal tanpa APC terlebih dahulu kerana bantuan APC dari Universiti ini mempunyai had tertentu dan boleh dihentikan pada bila-bila masa sahaja.

Permohonan ini terbuka sepanjang tahun selagi ada peruntukan. Tarikh akhir penerimaan permohonan bantuan pembiayaan APC tahun 2026 di Pejabat Pentadbiran Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (R&I) adalah seperti berikut:

BULAN TARIKH AKHIR DI BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Januari-Oktober 2026 16 November 2026 (Isnin)
November 2026
27 November 2026 (Jumaat)*
*Bergantung kepada penutupan akaun Jabatan Bendahari
** Permohonan yang diterima selepas tarikh di atas akan diproses pembayaran pada tahun 2027.

Penyelidik perlu memastikan semua dokumen permohonan diserahkan ke Pejabat Pentadbiran R&I lebih awal dari tarikh tutup tersebut supaya penyelidik mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat penambahbaikan sekiranya borang permohonan dan serahan dokumen didapati tidak lengkap.

Hanya permohonan lengkap yang diterima akan melalui proses semakan dan pembayaran menggunakan peruntukan tahun 2026**.

Perkara ini adalah tertakluk kepada kelulusan dan peruntukan Tahun 2026 serta pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Bendahari.

Penyelidik juga diingatkan untuk tidak menerbit di dalam jurnal yang diragui dan ada tersenarai dalam senarai jurnal pemangsa. Antara contoh boleh dilihat daripada pautan https://lib.usm.my/index.php/academicians-researchers/scholarly-publishing-guide?view=article&id=293&catid=35

Borang permohonan yang lengkap boleh diemelkan kepada En Muhammad Zamir Mohd Fazli di alamat emel: zamirfazli@usm.my