Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

CALL FOR APPLICATIONS AND NOMINATIONS UNESCO INTERNATIONAL LITERACY PRIZES 2023

eposter LEAFLET UNESCO INTERNATIONAL LITERACY PRIZES 2023

Adalah dimaklumkan bahawa Sekretariat Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah menerima pelawaan pencalonan UNESCO International Literacy Prize dengan tema “Promoting literacy for a world in transition” yang dibiayai oleh Kerajaan Republik Korea dan China. Anugerah ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan signifikan dan inovasi individu, governments dan non-governmental organisation (NGO) dalam mempromosikan literasi. Seramai 3 orang pemenang UNESCO King Sejong Prizes akan menerima US$20,000 (setiap seorang), pingat dan sijil manakala 3 orang pemenang UNESCO Confucius Prizes for Literacy akan menerima US$30,000 (setiap seorang) dan lawatan belajar (study visit) ke tapak-tapak projek di China.

Sehubungan itu, tuan / puan dipelawa untuk mengemukakan dua (2) pencalonan dengan mengisi borang pencalonan seperti di Lampiran dan dikemukakan kepada adilla.halim@mohe.gov.my dan disalinkan kepada farhana.hilal@mohe.gov.mySemua permohonan perlu dihantar kepada Bahagian ini selewat-lewatnya pada 7 Julai 2023 (Jumaat) sebelum 10.00 pagi bagi tujuan penyelarasan sebelum dipanjangkan kepada pihak SKUM. Adalah dimaklumkan pencalonan kepada pihak skum hanya melalui pihak Kementerian sahaja bagi tujuan pertimbangan seterusnya. 

Turut dilampirkan risalah hebahan berserta borang permohonan untuk perhatian pihak tuan / puan. Maklumat lanjut mengenai prosedur permohonan hadiah ini boleh dilayari dipautan  https://www.unesco.org/en/prizes/literacy.

Kerjasama pihak tuan / puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

  • Hits: 122