Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

PENCALONAN ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA (ASMN) TAHUN 2026 KINI DIBUKA!

eposter PENCALONAN ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA TAHUN 2026 KINI DIBUKA

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhasrat untuk memberi pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian saintis muda dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains, teknologi dan inovasi (STI) melalui Anugerah Saintis Muda Negara (ASMN) Tahun 2026. Pada tahun ini, penganjuran ASMN dibuka bukan sahaja kepada institusi awam dan swasta, malah turut diperluas kepada para penyelidik daripada pihak industri. Kategori yang dipertandingkan pada tahun ini adalah seperti berikut:

  • Anugerah Saintis Muda Negara (Kategori Biologi)
  • Anugerah Saintis Muda Negara (Kategori Fizik)
  • Anugerah Saintis Muda Negara (Kategori Kimia)
  • Anugerah Saintis Muda Negara (Kategori Kejuruteraan)
  • Anugerah Saintis Muda Negara (Kategori Industri)

Kategori khusus yang diwujudkan bagi pihak industri (merangkumi bidang Biologi, Fizik, Kimia dan Kejuruteraan) bertujuan untuk memastikan keterangkuman anugerah yang menjadi pemangkin kepada pembangunan STI negara. Pencalonan ASMN pada tahun ini berfokus pada bidang-bidang berikut:

  • Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
  • Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy)
  • Teknologi Angkasa (Space Technology)
  • Bahan Termaju (Advanced Materials)
  • Pembangunan Vaksin (Vaccine Development)
  • Unsur Nadir Bumi (Rare Earth Elements)

Sehubungan dengan itu, MOSTI amat berbesar hati sekiranya pihak YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Prof./Ts./Ir./Dr./Tuan/Puan dapat mengemukakan calon yang berkelayakan untuk dianugerahkan sebagai Saintis Muda Negara Tahun 2026 bagi kategori yang dipertandingkan. Calon yang dicalonkan mestilah memenuhi semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Bersama-sama ini disertakan Lampiran yang memperincikan syarat-syarat dan peraturan Anugerah Saintis Muda Negara Tahun 2026. Maklumat dan dokumen pencalonan boleh dimuat turun secara dalam talian melalui pautan https://sites.google.com/mosti.gov.my/asmn2026. Borang pencalonan berserta dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui e-mel kepada sekretariatASMN@mosti.gov.my sebelum atau pada 25 September 2026 (Jumaat).

Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Prof./Ts./Ir./Dr./Tuan/Puan dalam hal ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

  • Hits: 128