Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

PEMAKLUMAN BERKENAAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2024

eposter MyLAB 2024

 

Seperti YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr. sedia maklum, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperkenalkan program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) sebagai langkah merealisasikan jaringan kolaborasi lnstitusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program ini bertujuan menghubungkan jurang (bridging the gap) pengkomersialan produk penyelidikan dengan menyediakan dana pra pengkomersialan yang melibatkan kerjasama akademia dan industri, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu. Program ini diharapkan berupaya memacu pengkomersialan produk/teknologi hasil penyelidikan bagi mengembangkan sempadan ilmu, terutama dalam bidang-bidang keluaran termaju (cutting edge). 

Untuk makluman YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr., pembukaan permohonan geran MyLAB 1/2024 adalah pada 19 Ogos 2024 dan tarikh akhir untuk penghantaran slaid project pitching ialah pada 12 September 2024 [Khamis]. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Geran MyLAB (Pindaan Tahun 2024), Format Penyediaan Project Pitching dan Templat Project Pitching untuk rujukan YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr. selanjutnya.
 
Pihak Universiti akan membuat saringan awal dan mengemukakan/mengesyorkan maksimum tiga (3) cadanqan projek yanq berpotensi kepada pihak Kementerian. 
 
Permohonan yang telah disenarai pendek selepas penilaian ’project pitching’ perlu menghantar dokumen permohonan cadangan penuh (full proposal) bagi Geran MyLAB  yang lengkap pada 21 Oktober 2024 melalui emel irnisyuhada@usm.my dan noorshaheeda@usm.my
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr. berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
  • Hits: 137