Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH KERJASAMA TEKNIKAL DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN JEPUN BAGI TAHUN KEWANGAN 2025 (SATREPS FY2025)

eposter PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH KERJASAMA TEKNIKAL DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN JEPUN BAGI TAHUN KEWANGAN 2025 SATREPS FY2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi (Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development – SATREPS) bagi tahun kewangan 2025. Program ini bertujuan untuk mewujudkan platform kerjasama antarabangsa di antara Jepun dan negara-negara membangun bagi menangani isu global dalam bidang tersebut. 

Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr., maklumat am dan syarat bagi permohonan ini adalah seperti berikut:

  • Permohonan adalah dengan menggunakan borang sepertimana format Japan’s Technical Cooperation seperti di Lampiran A. Pemohon juga dipohon untuk melengkapkan dan mengemukakan MOHE Cost Proforma seperti di Lampiran BCost Proforma ini merupakan perincian peruntukan yang dipohon oleh Penyelidik Malaysia daripada KPT;
  • Permohonan bagi projek penyelidikan ini adalah terhad kepada empat (4) bidang iaitu Environment and Energy, Bioresources, Disaster Prevention and Mitigation, dan Infectious Diseases Control;
  • Kakitangan akademik (aktif) di Universiti Awam perlu mengenal pasti rakan kerjasama (counterpart) di Jepun. Rakan kerjasama Jepun juga perlu mengemukakan permohonan dalam bidang kerjasama yang sama kepada Japan Science and Technology Agency (JST) di bawah Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT) Jepun di Tokyo. Rakan kerjasama bagi cadangan penyelidikan dalam bidang Infectious Diseases Control perlu mengemukakan permohonan kepada Japan Agency for Medical Reseach and Development (AMED);
  • Tempoh projek di bawah kerjasama teknikal SATREPS adalah tiga (3) hingga lima (5) tahun;
  • Bilangan maksimum sub-projek (sekiranya ada) adalah 5 sub-projekbagi setiap permohonan;
  • Maklumat lanjut mengenai SATREPS (tempoh, peruntukan dan lain-lain maklumat berkaitan) boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang di alamat: https://www.jst.go.jp/global/english/koubo/index.html;
  • Pihak RCMO akan membuat saringan di peringkat institusi bagi mengenal pasti projek yang berpotensi sebelum dikemukakan kepada urus setia Kementerian  ;
  • Hanya permohonan lengkap dan menepati format permohonan yang dihantar kepada Kementerian melalui Pejabat RCMO akan diperaku untuk penilaian seterusnya;
  • Semua pemohon perlu membentangkan permohonan kepada Jawatankuasa Penilaian KPT. Sesi pembentangan permohonan dijangka dijadualkan pada awal September 2024. Semua pemohon adalah dipohon mengambil maklum akan tarikh pembentangan permohonan ini ;
  • Siling peruntukan adalah RM5 juta.Penyelidik Malaysia adalah dimohon untuk berbincang dengan penyelidik Jepun bagi memastikan nisbah permohonan peruntukan adalah dipersetujui bersama supaya mempunyai peluang tinggi untuk diperaku setelah dipanjangkan bagi penilaian di peringkat Jepun ;
  • Ketua Projek adalah diwajibkan hadir ke sesi pembentangan ini untuk membentangkan cadangan permohonan kepada Jawatankuasa Penilaian yang dilantik oleh Jabatan. Pembentangan permohonan tidak boleh diwakilkan kepada ahli projek lain. Ketua Projek dipohon untuk mengambil maklum akan format pembentangan seperti di Lampiran E ; dan
  • Salinan lembut slaid pembentangan perlu dihantar bersekali dengan borang permohonan mengikut tarikh yang ditetapkan. Jadual pembentangan hanya akan dimuktamadkan selepas kesemua permohonan selesai disemak oleh urus setia SATREPS.

Bersama-sama ini disertakan Format Permohonan seperti di Lampiran AMOHE Cost Proforma seperti di Lampiran B,  Senarai Semak Penghantaran Permohonan SATREPS Tahun Kewangan 2025 seperti di Lampiran CSenarai Permohonan (masterlist) SATREPS Tahun Kewangan 2025 seperti di Lampiran D, dan Format Pembentangan seperti di Lampiran E untuk makluman dan tindakan YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr..

Semua permohonan perlu dikemukakan sebelum atau pada 14 Ogos 2024 (Rabu) sebelum jam 4.00 petang kepada urus setia melalui emel irnisyuhada@usm.my dan noorshaheeda@usm.my.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Puan Irni Syuhada Ibrahim dan Puan Noorshaheeda Maxtar di sambungan 6544 dan 6545. Kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr. berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.                                     

                                                                                                                                                                                                         
  • Hits: 91