TAHNIAH MEJAR PROF. MADYA IR. TS. DR. MOHD HAZIZAN BIN MOHD HASHIM TAJAAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Industri perlombongan Malaysia telah lama menjadi tulang belakang ekonomi negara melalui kepelbagaian sumber aslinya. Namun, industri ini turut menghadapi pelbagai cabaran seperti isu-isu governans dan integriti yang melibatkan pelbagai peringkat rantaian industri. Kajian ini bertujuan mengkaji secara holistik isu-isu berkaitan rasuah dalam industri perlombongan Malaysia meliputi penilaian risiko rasuah, keberkesanan langkah-langkah anti-rasuah sedia ada, kajian terhadap dasar, prosedur, dan budaya organisasi dalam sektor ini. Selain itu, ia turut memfokuskan pengurusan konflik kepentingan, isu sosial dan alam sekitar, serta mencadangkan langkah penambahbaikan untuk meningkatkan integriti dalam operasi perlombongan. Hasil kajian dapat meningkatkan tatakelola industri perlombongan, menjadikannya lebih efektif, mampan, dan adil, serta memastikan kelestarian sumber alam dan alam sekitar, sekaligus memberi manfaat kepada seluruh pemegang taruh.
- Hits: 43