HEBAHAN PELAWAAN PERMOHONAN SKIM GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI (RUTRANS) TAHUN 2023
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Geran Universiti Penyelidikan Transdisiplinari (RUTrans) Tahun 2023 kini dibuka kepada staf akademik Skim DS/DU/DUF/DUG Gred 45/51/52/53/54/56.
Permohonan Geran RUTrans Tahun 2023 adalah berdasarkan kepada SEMBILAN (9) Calls for Proposals. Pemohon diingatkan untuk merujuk kepada perincian Calls for Proposals yang dilampirkan di atas bagi tujuan pemahaman yang jelas. Tajuk Calls for Proposals adalah seperti berikut:
CALL |
Topik |
CALL 1 |
Sustaining planetary well-being: a solution-oriented call to tackle threats via a transdisciplinary research platform focusing on NON-COMMUNICABLE DISEASES |
CALL 2 |
Sustaining planetary well-being: a solution-oriented call to tackle threats via a transdisciplinary research platform focusing on COMMUNICABLE DISEASES |
CALL 3 |
Innovative Approaches to Mitigating Climatic Change Effects |
CALL 4 |
Navigating Climate Change with Resilience through Innovative Solutions for Minimizing Impact on Life |
CALL 5 |
Enhancing Social and Economic Opportunities for the Vulnerable Communities |
CALL 6 |
Addressing Social Inequalities Utilising the Malaysia MADANI Policy Framework |
CALL 7 |
Early Preparations in Managing Toxic Waste from Used Solar Panels |
CALL 8 |
Strengthening Electrical and Electronic Industry |
CALL 9 |
Enculturating Local Wisdom towards Achieving Aspiration of Malaysia MADANI (Sustainability, Prosperity, Innovation, Respect, Trust and Compassion) |
Setiap permohonan mestilah berpandukan pada Garis Panduan Permohonan Dan Tadbir Urus Skim Geran Universiti Penyelidikan Transdisiplinari (RUTrans) Tahun 2023. Maklumat lanjut berkenaan Garis Panduan dan Tadbir Urus, Perincian Calls for Proposals serta Borang Permohonan bagi pembiayaan yang ditawarkan boleh dirujuk di laman sesawang Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dipautan https://research.usm.my/
Sehubungan itu, semua permohonan perlu dihantar melalui PTJ Ketua Program beserta butiran maklumat permohonan (Rujuk Format Senarai Permohonan Geran RUTrans Tahun 2023 - PTJ) selewatnya-lewatnya 31 Januari 2024 (Rabu) sebelum atau pada jam 5 petang ke RCMO. Sebarang pertanyaan lanjut, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan boleh menghubungi:
- Puan Nur Fazilah Mohd Kassim (nurfazilah@usm.my) di sambungan 6538
- Puan Noor Adnie Bajuri (nr_adnie@usm.my) di sambungan 6549
- Puan Siti Syarina Abdul Manaf (ssyarina@usm.my) di sambungan 6550
- Encik Muhammad Fahmi Abd Aziz (fahmiaziz@usm.my) di sambungan 6550
- Hits: 358