Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT) TAHUN 2024 - SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS)

eposter PEMBUKAAN PERMOHONAN FRGS 2024

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)  akan membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2024 di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT). Penyelidik daripada Institusi Penyelidikan (RI), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) boleh terlibat sebagai Penyelidik Bersama. Maklumat serta tarikh pembukaan permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) adalah seperti berikut: 

  

SKIM GERAN PENYELIDIKAN  

TARIKH MULA PERMOHONAN DIBUKA MELALUI SISTEM MyGRANTS  

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN PERMOHONAN KE PTJ

(Penilaian secara manual oleh PTJ) 

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN PERMOHONAN DALAM SISTEM MyGRANTS

(PERINGKAT RCMO/UNIVERSITI)

Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) 

30 Oktober 2023

17 November 2023 (5.00 ptg)  

1 Disember 2023 (5.00 petang)

Permohonan ini adalah terbuka kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta (termasuk Kolej Universiti Swasta). Penyelidik daripada Institusi Penyelidikan (RI), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) boleh terlibat sebagai Penyelidik Bersama. Permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya melalui Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) yang boleh dicapai di pautan https://mygrants.gov.my.

Permohonan FRGS Tahun 2024 adalah berdasarkan kepada tujuh (7) domain penyelidikan berikut:

(a)          Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
(b)          Teknologi dan Kejuruteraan (TK);
(c)          Sains Tulen dan Gunaan (STG);
(d)          Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK);
(e)          Sains Sosial (SS);
(f)           Sastera dan Sastera Ikhtisas (SSI); dan
(g)          Warisan dan Alam Sekitar (WAS).

Jumlah peruntukan (siling) adalah terhad kepada RM250,000.00 bagi setiap projek dan tempoh penyelidikan yang dibenarkan adalah dua (2) atau tiga (3) tahun bagi geran FRGS Tahun 2024. Peruntukan dan tempoh penyelidikan yang dimohon mestilah berpadanan dengan skop projek penyelidikan. Permohonan yang dikemukakan juga mestilah memenuhi syarat dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan (Pindaan Tahun 2024) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPT yang berkuat kuasa.

Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

Pemohon

(a)     Pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan Profil Penyelidik di dalam sistem MyGRANTS (merangkumi Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, Harta Intelek (IP), Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dan perlu disahkan oleh RCMO sebelum mengemukakan permohonan. Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tersebut tidak dikemaskini atau tidak lengkap;

(b)     Pemohon yang merupakan Ketua Projek bagi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu diwajibkan mengemaskini dan melengkapkan Laporan Prestasi/Laporan Akhir dalam Modul Pemantauan Sistem MyGRANTS; dan

(c)      Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan permohonan sebagai Ketua Penyelidik bagi lain-lain geran DP KPT Tahun 2024. Walau bagaimanapun, pemohon hanya dibenarkan untuk mengetuai salah satu (1) projek sekiranya diluluskan lebih dari satu geran.

Sehubungan itu, setiap PTJ dipohon untuk mengadakan Sesi Penilaian permohonan FRGS Fasa 1/2024 di peringkat PTJ dahulu dengan bantuan Pakar Rujuk PTJ/Panel Penilai di PTJ masing-masing sebelum permohonan FRGS dihantar melalui sistem MyGRANTS kepada RCMO. Proses/cara penilaian permohonan FRGS di peringkat PTJ bergantung kepada PTJ masing-masing. HANYA permohonan FRGS yang telah dinilai di peringkat PTJ akan diproses/dinilai di peringkat RCMO sebelum dihantar kepada Kementerian.  

Senarai permohonan FRGS Fasa 1/2024 yang telah dinilai daripada setiap PTJ perlu dikemaskini dalam lampiran yang disediakan selepas tarikh tutup permohonan FRGS di peringkat USMPermohonan FRGS yang tiada dalam senarai daripada PTJ TIDAK akan dinilai di peringkat RCMO. Carta aliran proses penilaian FRGS serta tarikh akhir penghantaran permohonan (peringkat PTJ/RCMO) dilampirkan untuk rujukan dan tindakan YBhg.Dato’/Datuk/Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Mohon bantuan pihak YBhg. Dato’/ Datuk /Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan untuk memastikan proses penilaian dan tarikh akhir penghantaran melalui MyGRANTS mengikut tarikh akhir yang ditetapkan. 

Pihak RCMO juga ingin memberi peringatan kepada YBhg. Dato’/ Datuk /Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan supaya tidak menghantar proposal penyelidikan permohonan FRGS yang tidak berjaya pada tahun 2023 atau sebelumnya tanpa sebarang pengemaskinian. Mohon kemaskini dan pastikan setiap proposal penyelidikan mematuhi skop/kriteria permohonan bagi tahun 2024. Sekiranya kriteria permohonan tidak dipatuhi, pihak RCMO berhak menolak permohonan tersebut. Pihak RCMO juga ingin memberi peringatan kepada semua penyelidik yang TIADA geran agensi luar yang aktif pada tahun 2023 untuk memohon geran FRGS 1/2024. 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/ Datuk /Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian. 

Maklumat Tambahan : 
 
  • Hits: 879