SESI PERKONGSIAN PERMOHONAN & PERJALANAN PROGRAM SATREPS
Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan, satu Sesi Perkongsian berkenaan Permohonan & Perjalanan Projek Program SATREPS akan diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada semua Penyelidik berkaitan dengan proses permohonan dan perjalanan Projek di bawah Program SATREPS. Sesi taklimat ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 3 Ogos 2023 [ Khamis ]
Masa : 10.00 pagi – 12.00 t/hari
Tempat : Bilik Mesyuarat III, Canselori II, USM (Kampus Induk)
Penceramah : YBrs. Profesor Dr. Fauziah Binti Ahmad & YBrs. Profesor Dr. K Sudesh Kumar A/L C Kanapathi Pillai
*kehadiran adalah secara fizikal
Mohon kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan untuk memaklumkan kehadiran ke taklimat ini melalui link ini https://forms.office.com/r/rmwxCRRhsHatau Kod QR seperti yang dipaparkan di poster selewat-lewatnya pada 31 Julai 2023 (Isnin).
Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof. / Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan/ Puan untuk hadir ke taklimat ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 97