Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

PENGHANTARAN LAPORAN PEMANTAUAN BAGI PROGRAM/PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT) BILANGAN 2 TAHUN 2023

eposter LAPORAN PEMANTAUAN 2 2023

 

Seperti mana YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, program/projek penyelidikan yang telah diluluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada pemantauan secara berjadual bagi setiap enam (6) bulan sepanjang tempoh penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan adalah mengikut perancangan dan pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta pemantauan yang berkesan di peringkat IPT/institusi oleh pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).

Untuk tujuan tersebut, penghantaran laporan pemantauan bilangan 2 tahun 2023 akan dilaksanakan mulai 15 Julai sehingga 15 Ogos 2023. Ketua Program/Projek hendaklah mengemukakan laporan prestasi dan kewangan  (data pencapaian sehingga 30 Jun 2023) melalui sistem MyGRANTS dalam tempoh tersebut. Data pemantauan bil. 2/2023 ini juga akan digunapakai untuk menilai prestasi projek terdahulu bagi permohonan geran penyelidikan yang dijangka akan dibuka nanti. Pemantauan laporan prestasi program/projek penyelidikan bil. 2/2023 merangkumi skim geran penyelidikan berikut:

                   i.        Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2019 sehingga Fasa 1/2022;
                  ii.        Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 2/2019 sehingga Fasa 1/2022;
                 iii.        Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) 2.0 Tahun 2020;
                 iv.        Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Fasa 1/2019 sehingga Fasa 1/2022;
                  v.        Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2016 hingga Fasa 1/2020; dan
                 vi.        Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang-Jejak Sarjana Ulung (LRGS-JSU).

                - Ketua Program/Projek hendaklah memastikan revised proposal telah diselesaikan bagi pengisian laporan pemantauan ini.

Manakala penghantaran laporan akhir adalah dibuka sepanjang tahun melalui sistem MyGRANTS bagi membolehkan Ketua Program/Projek mengisi laporan projek selesai/tidak aktif dan pengesahan dibuat oleh RMC untuk dikemukakan kepada KPT. YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan diminta mengambil perhatian bahawa penghantaran laporan akhir dan pengesahan RMC hendaklah dilaksanakan sebelum30 September 2023 bagi pengemaskinian data MyGRANTS khusus untuk permohonan geran penyelidikan pada fasa akan datang.

Adalah diingatkan bahawa Ketua Program/Projek yang tidak melengkapkan laporan akhir dalam sistem MyGRANTS tidak dibenarkan untuk memohon mana-mana geran penyelidikan DP KPT sebagai Ketua Program/Projek atau Penyelidik Bersama seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tadbir Urus DP KPT. Pihak KPT juga berhak menentukan apa-apa tindakan yang sewajarnya terhadap penyelidik dan RMC sekiranya tidak mengemukakan laporan akhir mengikut ketetapan. Pihak RMC perlu memastikan Ketua Program/Projek menghantar laporan akhir bagi skim-skim geran penyelidikan berikut:

                   i.        Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2011 sehingga Fasa 1/2018;
                  ii.        Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2011 sehingga Fasa 1/2019;
                 iii.        Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Fasa 1/2013 sehingga Fasa 1/2018;
                 iv.        Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS-MRSA) Tahun 2015 hingga 2018;                 
                 v.        Geran Penyelidikan Pengurusan Bencana Banjir Tahun 2015.

Mohon semua penyelidik untuk mengemaskini data yang wajib diisi pada bahagian ‘milestone’ dan juga ‘research activities’ dan pencapaian projek beserta lampiran/bukti terutama pada bahagian penerbitan, bakat dan juga kewangan didalam sistem MyGRANTS.Rujuk dokumen tadbir urus untuk memastikan bukti penerbitan, bakat dan IP adalah seperti yang gariskan. Contohnya hanya penerbitan yang mempunyai Penghargaan yang betul sahaja yang boleh diterima dan yang telah diterbitkan.  

Perhatian dan tindakan YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam pelaksanaan pemantauan bil. 2/2023 amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

  • Hits: 181