MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PENYELIDIK MUDA MALAYSIAN RESEARCH UNIVERSITY NETWORK (MRUN) (MROGS) 2023
Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysian Research University Network (MRUN) akan membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Pegawai Penyelidik MRUN 2023 kepada pegawai penyelidik di Universiti Penyelidikan Malaysia. Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara manual iaitu dengan mengisi borang permohonan yang disediakan (dalam lampiran) oleh pihak urusetia dan mengemukakan permohonan tersebut melalui RCMO sebelum atau selewat-lewatnya pada 17 Ogos 2023, Khamis (12 tengah hari) melalui pautan Google Form.
Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:
a. Permohonan geran penyelidikan dibuka kepada semua Pegawai penyelidik yang memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan yang dilampirkan
b. Pegawai Penyelidik dibenarkan untuk mengemukakan maksimum dua (2) cadangan penyelidikan dengan syarat projek dan aktiviti yang dicadangkan adalah berbeza. Namun begitu, Pegawai penyelidik hanya dibenarkan untuk mengetuai salah satu (1) geran dan membuat pilihan sekiranya kedua-dua permohonan geran diluluskan pada tahun tersebut.
c. Siling permohonan MROGS adalah RM30,000.00 bagi tempoh dua (2) tahun penyelidikan.
d. Setiap permohonan dimestikan untuk mematuhi semua syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan MROGS dan pekeliling kewangan yang berkuatkuasa.
Sehubungan dengan itu, perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr. /Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai sesi taklimat bagi pembukaan geran MROGS ini. Sukacita diingatkan bahawa semua permohonan yang dikemukakan melalui RCMO mestilah lengkap, berkualiti dan mematuhi tempoh masa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. MRUN berhak untuk menolak mana-mana permohonan atau institusi yang gagal untuk mematuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Kerjasama dan perhatian YBhg. /Datuk/Dato’/Prof./ Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
- Hits: 225