Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

BENGKEL 'TOP DRAWER' PROPOSALS TAHUN 2023 ANJURAN RCMO

eposter TOP DRAWERS PROPOSALS 150623

Untuk makluman semua, selaras dengan hasrat Universiti untuk menjajar aktiviti penyelidikan dan inovasi kepada agenda nasional dan keperluan industri serta global, pihak Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO) akan mengadakan satu bengkel yang dikenali sebagai Bengkel ‘Top Drawer’.

Bengkel ‘Top Drawer’ ini bertujuan bagi menyediakan platform kepada kumpulan penyelidik yang berpotensi untuk mendapatkan bimbingan khusus daripada pakar bidang untuk menghasilkan program-program penyelidikan transdisiplinari/ multidisiplinari berkumpulan yang berkualiti dan berimpak.  Program yang terpilih sebagai ‘Top Drawer’ akan diketengahkan sejurus permohonan Trans-Diciplinary Reseach Grant Scheme (TRGS) dan lain-lain geran bersesuaian dibuka bagi tahun 2023.

Sehubungan dengan itu, pihak Universiti mengalu-alukan penglibatan YBrs. Profesor/ Profesor Madya Dr./ Dr dalam Bengkel Top Drawer Tahun 2023 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

            Tarikh                         :           15 Jun 2023 [Khamis]

            Masa                           :           8.30 pagi - 5.00 petang

            Tempat                       :           Dewan Bankuet, Canselori II

Kerjasama dan perhatian semua. adalah dipohon untuk memberikan maklum balas kehadiran melalui link ini https://forms.office.com/r/uBD3gka3F1 selewat-lewatnya pada 11 Jun 2023 (Ahad) untuk tindakan kami selanjutnya.  Penyertaan ini terhad kepada 10 kumpulan program terawal yang telah mengesahkan kehadiran menerusi QR Code dalam poster yang dilampirkan.

Segala perhatian dan kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

  • Hits: 172