PENCALONAN ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA, ANUGERAH TEKNOLOGIS NEGARA DAN ANUGERAH JURUTEKNIK NEGARA 2023 KINI DIBUKA
![]()
Anugerah Saintis Muda Negara diadakan sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian cemerlang saintis muda dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains dan teknologi (S&T). Anugerah ini diharap akan memberikan perangsang dan galakan kepada saintis muda tempatan untuk meningkatkan kecemerlangan, kreativiti dan sumbangan dalam bidang penyelidikan sains dan teknologi (S&T).
Anugerah Juruteknik Negara diadakan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang oleh Juruteknik/Pembantu Makmal serta kakitangan separa ikhtisas yang berkaitan dengan sains dan teknologi (S&T).
Urusan pencalonan adalah secara dalam talian. Syarat-syarat dan peraturan serta borang pencalonan boleh didapati melalui pautan berikut atau scan kod QR yang tertera pada poster. Tarikh tutup pencalonan adalah pada 7 Julai 2023 (Jumaat).
- Hits: 832