PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) TAHUN 2023
Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Tahun 2023 di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) mulai 15 Mac 2023 hingga 17 April 2023 melalui Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) yang boleh dicapai di pautan https://mygrants.gov.my.
Permohonan PRGS Tahun 2023 adalah berdasarkan kepada tujuh (7) domain penyelidikan berikut:
Jumlah peruntukan (siling) adalah terhad kepada RM500,000.00 bagi setiap projek dan tempoh penyelidikan yang dibenarkan adalah satu (1) atau dua (2) tahun bagi Geran PRGS Tahun 2023. Peruntukan dan tempoh penyelidikan yang dimohon mestilah berpadanan dengan skop projek penyelidikan.
Adalah diingatkan bahawa semua permohonan yang dikemukakan mestilah berkualiti, lengkap, mematuhi tempoh masa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kementerian berhak untuk menolak mana-mana permohonan atau Institusi yang gagal untuk mematuhi syarat dan kriteria permohonan yang ditetapkan.
Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan PRGS (Pindaan Tahun 2023) bagi rujukan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh menghubungi Sekretariat Permohonan PRGS, RCMO melalui emel irnisyuhada@usm.my dan noorshaheeda@usm.my.
- Hits: 1358