Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

PENGHANTARAN LAPORAN PEMANTAUAN BAGI PROGRAM/PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (DPKPT) BIL. 1 TAHUN 2023

POSTER HEBAHAN MyGRANTS 170223

Seperti mana yang semua sedia maklum, program/projek penyelidikan yang telah diluluskan di bawah Dana Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada pemantauan secara berjadual bagi setiap enam (6) bulan sepanjang tempoh penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan adalah mengikut perancangan dan pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta pemantauan yang berkesan di peringkat IPT/institusi oleh pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).

Sehubungan itu, untuk tujuan tersebut, Pemantauan Bilangan 1 Tahun 2013 akan dilaksanakan mulai 30 Januari sehingga 28 Februari 2023. Ketua Program/Projek hendaklah mengemukakan Laporan Prestasi dan Kewangan (data pencapaian sehingga 31 Disember 2022) melalui sistem MyGRANTS dalam tempoh tersebut.

Manakala untuk penghantaran Laporan Akhir, sistem MyGRANTS akan dibuka sepanjang tahun bagi membolehkan Ketua Program/Projek mengisi laporan dan pihak RMC untuk membuat semakan. Diingatkan bahawa Ketua Program/Projek yang tidak melengkapkan Laporan Akhir dalam sistem MyGRANTS tidak dibenarkan untuk memohon mana-mana geran penyelidikan DP KPT sebagai Ketua Program/Projek atau Penyelidik Bersama seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tadbir Urus DP KPT. Pihak Kementerian juga berhak menentukan apa-apa tindakan yang sewajarnya terhadap penyelidik dan RMC sekiranya tidak mengemukakan Laporan Akhir mengikut ketetapan.

Program/projek penyelidikan aktif yang perlu mengemukakan laporan dalam Pemantauan Bilangan 1 Tahun 2023 merangkumi skim-skim geran penyelidikan berikut:

                   i.        Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2018 sehingga Fasa 1/2021;
                  ii.        Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 2/2019 sehingga Fasa 1/2021;
                 iii.        Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) 2.0 Tahun 2020;
                 iv.        Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Fasa 1/2018 sehingga Fasa 1/2020;
                  v.        Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2016 hingga Fasa 1/2020;
                 vi.        Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS-MRSA) Tahun 2018; dan

Manakala untuk penghantaran Laporan Akhir program/projek penyelidikan yang telah tamat, pihak RMC perlu memastikan Ketua Program/Projek untuk menghantar Laporan Akhir bagi skim-skim geran penyelidikan berikut:

                   i.        Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2011 sehingga Fasa 1/2017;
                  ii.        Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2011 sehingga Fasa 1/2019;
                 iii.        Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Fasa 1/2013 sehingga Fasa 1/2016;
                 iv.        Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS-MRSA) Tahun 2015 hingga 2017;
                  v.        Geran Penyelidikan Pengurusan Bencana Banjir Tahun 2015.

Mohon semua penyelidik untuk mengemaskini data yang wajib diisi pada bahagian ‘milestone’ dan juga ‘research activities’ dan pencapaian projek beserta lampiran/bukti terutama pada bahagian penerbitan, bakat dan juga belanjawan didalam sistem MyGRANTS.  Rujuk dokumen tadbir urus untuk memastikan bukti penerbitan, bakat dan IP adalah seperti yang gariskan. Contohnya hanya penerbitan yang mempunyai Penghargaan yang betul sahaja yang boleh diterima dan yang telah diterbitkan.

Segala kerjasama dan perhatian daripada semua berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  

  • Hits: 243