ICGEB RESEARCH GRANTS 2023
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan ahli kepada International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). ICGEB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang membantu negara-negara membangun dalam bidang penyelidikan dan latihan berkaitan kejuruteraan genetik serta bioteknologi.
4. Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kelayakan permohonan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti di pautan https://www.icgeb.org/wp-content/uploads/2023/01/CRP-Guidelines_2023.pdf. Antara permohonan geran CRP-ICGEB Research Grants yang telah terpilih pada tahun 2021 berkaitan kajian terhadap penyakit berjangkit, kanser, penyakit metabolik dan genetik, sains tumbuhan, imuniti, genetik, dan aplikasi bioteknologi adalah seperti di pautan https://www.icgeb.org/wp-content/uploads/2023/01/Layman_for_Web-2021_REV.pdf
5. Sehubungan itu, sukacita dipanjangkan pelawaan ini kepada penyelidik di Kementerian/Jabatan/Agensi/ Institusi YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ YBrs. Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ Prof. Dr./ Dr. / Tuan / Puan sekiranya berminat untuk memohon dana penyelidikan tersebut. Semua permohonan bolehlah dilaksanakan secara online di link https://isg.icgeb.org/auth/login sebelum atau pada tarikh tutup permohonan iaitu 30 April 2023 (Ahad). Garis panduan bagi permohonan atas talian boleh dirujuk di pautan https://www.icgeb.org/wpcontent/uploads/2023/01/CRP_online_submission_guidelines_Jan2023_FV.pdf.
Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ YBrs. Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ Prof. Dr./ Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi saya di 03-8885 8664 (Puan Siti Zuhaini Abd Samah).
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
- Hits: 252