HEBAHAN DAN JEMPUTAN MENYERTAI "REVOLVING RAIL INDUSTRIES TOWARDS SUSTAINABILITY - MSA INTERNATIONAL SYMPOSIUM 2022"
Sukacita dimaklumkan, Metro System Academy (MSA) UTHM dengan kerjasama Malaysia Rail Development Corporation (MRDC) Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp. Sdn. Bhd), GAMUDA Engineering Sdn. Bhd., Meinhardt (Malaysia) Sdn. Bhd., International Union of Railways Asia Pacific (UIC), International Green Trends Cockpit Sdn. Bhd. (IGTC) dan Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) akan menganjurkan satu simposium antarabangsa yang bertemakan "Revolving Rail Industries Towards Sustainability" melalui MSA INTERNATIONAL SYMPOSIUM 2022.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 12 Disember 2022Masa : 8.00 pagi - 5.30 petangTempat : MSA Training Centre, Kwasa Damansara, Sg. Buloh, SELANGOR (KVMRT Training Centre)Yuran : RM300 (Early Bird - Sebelum 5 Disember) | RM450 (Harga Biasa)
Sehubungan itu, MSA UTHM berbesar hati dan menghargai kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Ir./Ts. untuk menyertai dan menjayakan program MSA INTERNATIONAL SYMPOSIUM 2022 ini yang akan membincangkan strategi dan perancangan terkini serta bertukar pandangan dan buah fikiran berkenaan hala tuju industri rel negara, pembangunan sumber manusia dan rel mampan menjelang 2030, penyelidikan dan teknologi dan ketersambungan industri rel melangkaui ASEAN dengan menghimpunkan pemegang taruh terdiri daripada pihak kerajaan, pemain industri, ahli akademik, para penyelidik dan penuntut IPT.
Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi pautan https://forms.gle/k81N8hWYN6qfCP6A7 atau mengunjungi laman sesawang MSA INTERNATIONAL SYMPOSIUM 2022 di msa-symposium.com. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Ahmad Husaini Mohamad Tajudin di talian 07 – 456 4868 (Ahad - Khamis | 8.00 pagi - 5.00 petang).
- Hits: 286