CALL FOR APPLICATION 76TH LINDAU NOBEL LAUREATE MEETING

Academy of Sciences Malaysia (ASM), selaku badan pencalon rasmi Malaysia, dengan sukacitanya mempelawa saintis muda yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan bagi menghadiri 76th Lindau Nobel Laureate Meeting (Physiology/Medicine) yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
📍 Lindau, Jerman
📅 27 Jun – 2 Julai 2027
Persidangan berprestij ini menghimpunkan Pemenang Anugerah Nobel bersama saintis muda cemerlang dari seluruh dunia sebagai platform untuk pertukaran ilmu, jaringan kerjasama antarabangsa serta pembangunan kepimpinan saintifik dalam bidang Physiology/Medicine.
✨ Tarikh Tutup Permohonan kepada ASM: 31 Ogos 2026 (12.00 tengah hari)
🔗 Pautan permohonan dan maklumat lanjut : https://www.akademisains.gov.my/76thlindau/
Semua dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Research Creativity and Management Office (RCMO), Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tujuan pengesahan institusi.
📧 Sila e-mel permohonan kepada:
Prof. Madya Dr. Noorfatimah Yahaya (noorfatimah@usm.my)
Puan Farah Wahida Haidir (farahwahida@usm.my)
🗓️ Tarikh tutup penghantaran kepada RCMO : 17 Ogos 2026 (5.00 petang)
Permohonan yang diterima akan disemak dan disaring di peringkat Universiti sebelum dikemukakan kepada Academy of Sciences Malaysia (ASM) untuk proses pemilihan seterusnya.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujuk kepada laman sesawang ASM melalui pautan di atas.
Sekian, terima kasih.
- Hits: 89