Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

PEMBUKAAN PERMOHONAN/PENCALONAN ANUGERAH AKADEMIK NEGARA (AAN) KE-17

eposter PEMBUKAAN PERMOHONAN PENCALONAN AAN KE 17

Sukacita dimaklumkan bahawa Anugerah Akademik Negara (AAN) merupakan acara tahunan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diperkenalkan sejak tahun 2006.  Tujauan penganjuran AAN adalah untuk mengiktiraf jasa dan sumbangan para ilmuwan serta tokoh-tokoh akademik tempatan dalam menerajui serta memartabatkan bidang keilmuan serta pendidikan tinggi di negara ini.

Bagi AAN Ke-17, permohonan pencalonan akan dibuka kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) mulai 15 Jun 2026 hingga 14 Ogos 2026.  Maklumat lanjut berhubung AAN Ke-17 seperti syarat kelayakan, tatacara penghantaran dokumen dan sebagainya boleh diperolehi melalui pautan https://jpt.mohe.gov.my/aan. Sekiranya YBhg. Dato’/ Datuk / Prof./ Prof. Madya/ Dr./Tuan/ Puan berminat, mohon majukan borang permohonan lengkap kepada Urusetia selewat-lewatnya pada 22 Julai 2026, jam 5:00 petang bagi penilaian di peringkat USM. Borang yang tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan. Borang boleh dimajukan kepada Cik Nur Mariyam Musa di mariyam@usm.my.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/ Datuk / Prof./ Prof. Madya/ Dr./Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

  • Hits: 116