PEMBUKAAN PERMOHONAN/PENCALONAN ANUGERAH AKADEMIK NEGARA (AAN) KE-17

Sukacita dimaklumkan bahawa Anugerah Akademik Negara (AAN) merupakan acara tahunan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diperkenalkan sejak tahun 2006. Tujauan penganjuran AAN adalah untuk mengiktiraf jasa dan sumbangan para ilmuwan serta tokoh-tokoh akademik tempatan dalam menerajui serta memartabatkan bidang keilmuan serta pendidikan tinggi di negara ini.
Bagi AAN Ke-17, permohonan pencalonan akan dibuka kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) mulai 15 Jun 2026 hingga 14 Ogos 2026. Maklumat lanjut berhubung AAN Ke-17 seperti syarat kelayakan, tatacara penghantaran dokumen dan sebagainya boleh diperolehi melalui pautan https://jpt.mohe.gov.my/aan.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/ Datuk / Prof./ Prof. Madya/ Dr./Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
- Hits: 109