Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

PELAWAAN PERMOHONAN DANA PEMACU 2.0 (KITARAN 2 TAHUN 2026) DI BAWAH KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI (MOSTI)

eposter PERMOHONAN DANA PEMACU 2.0 2026 DI BAWAH MOSTI

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan telah membuka permohonan Dana Pemacu 2.0 (Kitaran 2 Tahun 2026) bermula 1 Jun 2026 hingga 19 Jun 2026 melalui Sistem Dana Bersepadu  (SDB).

Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk /Dato’ /Prof. /Dr., yang berminat untuk memohon geran ini boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui https://sdb.mosti.gov.my sebelum atau pada 19 Jun 2026. Permohonan yang diterima selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diproses atau dikemukakan kepada pihak MOSTI. Oleh itu, semua pemohon adalah dimohon untuk mematuhi tarikh akhir yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Maklumat lanjut berhubung garis panduan dan skop pembiayaan juga turut dilampirkan. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk /Dato’ /Prof. /Dr. boleh emelkan kepada irnisyuhada@usm.my dan noorshaheeda@usm.my. 

Sekian, terima kasih. 

<<Garis Panduan Pemacu 2.0>>

 

 

  • Hits: 950