GERAN AGENSI LUAR : PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA TAHUN 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membuka permohonan Geran Penyelidikan DBP Tahun 2026 yang bertujuan mempergiat penyelidikan dalam bidang bahasa, sastera, penerbitan, pengurusan, pemasaran dan media baharu, selaras dengan peranan DBP sebagai peneraju perancangan bahasa kebangsaan.
Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama pihak YBhg. Profesor Datuk/Dato' Seri/Dato’/Prof./Prof. Madya /Dr./Tuan/Puan, untuk mengambil perhatian semua permohonan geran ini perlu mendapat pengesahan Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan sepertimana keperluan pihak DBP dalam pelaksanaan geran ini yang digariskan dalam Garis Panduan Geran Penyelidikan DBP Tahun 2026 yang merangkumi perkara seperti yang berikut:
(a) menilai dan memperakukan permohonan penyelidik pada peringkat institusi sebelum dikemukakan kepada DBP;
(b) memastikan setiap permohonan disahkan oleh Ketua Eksekutif RMC;
(c) menyelaras pengurusan, pemantauan serta pelaporan kemajuan dan kewangan projek penyelidikan secara berkala;
(d) mengemukakan laporan kemajuan dan laporan akhir penyelidikan kepada pihak DBP;
(e) mengurus aset yang diperoleh melalui peruntukan geran penyelidikan; dan
(f) mengenal pasti serta memantau projek yang lewat atau bermasalah bagi memastikan pelaksanaan projek mencapai sasaran yang ditetapkan.
Semua permohonan hendaklah diserahkan kepada RCMO selewat-lewatnya 4 Mei 2026 (Isnin) melalui penilaian dalaman/perakuan PTJ sebelum diperakukan RCMO dan akan diserahkan kepada Urus Setia Geran Penyelidikan DBP Tahun 2026. Permohonan yang lewat dan tidak melalui proses ini tidak akan dipertimbangkan. Serahan permohonan secara individu yang tidak melalui PTJ tidak akan diproses.
Bersama-sama e-mel ini disertakan pautan GERAN PENYELIDIKAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA TAHUN 2026 berkaitan maklumat berkaitan Geran Penyelidikan DBP Tahun 2026 termasuk garis panduan untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Profesor Datuk/Dato' Seri/Dato’/Prof./Prof. Madya /Dr./Tuan/Puan.
Pemohon juga boleh merujuk folder taklimat dipautan GERAN PENYELIDIKAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA TAHUN 2026 bagi memahami dengan lebih jelas proses dan keperluan permohonan.
Sekiranya pihak memerlukan maklumat lanjut, pihak YBhg. Profesor Datuk/Dato' Seri/Dato’/Prof./Prof. Madya /Dr./Tuan/Puan bolehlah berhubung dengan Pegawai berikut:
No. Telefon: 03-2147 9033 / 013-396 9153
Alamat e-mel: norfaranieza@dbp.gov.my
Perhatian dan kerjasama YBhg. Profesor Datuk/Dato' Seri/Dato’/Prof./Prof. Madya /Dr./Tuan/Puan berkaitan perkara ini amat dihargai dan kami dahulukan ucapan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 112