PELANJUTAN : HEBAHAN PEMBUKAAN PROGRAM APEX YOUNG SCHOLAR (AYS) 2025/26

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO) mempelawa penyelidik yang berminat dan menepati kriteria bagi menyertai Program APEX Young Scholar (AYS) 2025/26. Program ini merangkumi tiga (3) fasa seperti berikut:
a) Pensyarah muda yang terpilih akan menyertai Program Kompetensi Penyelidikan (RCP);
b) Peserta yang layak akan membentuk kumpulan dan seterusnya menganjurkan satu siri APEX YS Research Café;
c) Kumpulan penyelidik ini kemudiannya akan dijemput untuk membuat permohonan geran APEX Excellence in Research Award (APEX ERA).
Sehubungan itu, penyelidik yang berminat dimohon untuk mengisi Borang Penyertaan (tanpa sebarang password / tidak password protected) yang dilampirkan, beserta pengesahan Ketua PTJ (Dekan/Timbalan Dekan), dan menghantarnya kepada pihak sekretariat, Puan Puteri Salamah Abdul Aziz, melalui emel puteri@usm.my.
Dimaklumkan bahawa tarikh penghantaran permohonan telah dilanjutkan sehingga 29 Mac 2026 (Ahad), jam 4.00 petang.
Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
- Hits: 134