PROGRAM FELLOWSHIP INTERNATIONAL CENTRE FOR GENETIC ENGINEERING AND BIOTECHNOLOGY (ICGEB)
Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan ahli kepada International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). ICGEB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa antara kerajaan (intergovernmental) yang membantu negara-negara membangun melaksanakan aktiviti penyelidikan, latihan dan pemindahan teknologi dalam bidang kejuruteraan genetik dan bioteknologi yang berpangkalan di Trieste, Itali.
Dalam hal ini, ICGEB telah membuka permohonan bagi pelbagai program fellowship antarabangsa kepada penyelidik dan saintis dari negara anggota, termasuk Malaysia. Program fellowship ini bertujuan untuk memperkukuh kapasiti penyelidikan, meningkatkan kemahiran saintifik serta menggalakkan kerjasama penyelidikan antarabangsa dalam bidang bioteknologi, sains hayat dan bioperubatan. Antara program fellowship yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Sehubungan itu, sukacita dipanjangkan pelawaan ini kepada penyelidik di Kementerian/Jabatan/Agensi/ Institusi pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ YBrs. Dr. / Tuan / Puan sekiranya berminat untuk memohon program tersebut. Maklumat terperinci berkaitan syarat kelayakan, tempoh fellowship serta tarikh tutup permohonan boleh didapati melalui pautan laman sesawang ICGEB (https://www.icgeb.org/fellowship/). Permohonan hendaklah dikemukakan secara terus oleh pemohon kepada pihak ICGEB melalui laman sesawang tersebut.
Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ YBrs. Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ YBrs. Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Encik Shahrul Ramadhan bin Yahaya (03-8885 8664, ramadhan@mosti.gov.my) atau Puan Nurul Hasniza binti Kamaruddin (03-8885 8536, nurulhasniza@mosti.gov.my).
Sekian, terima kasih.
- Hits: 100