PEMAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN EKSPLORATORI DAN TRANSFORMATIF (GET) TAHUN 2026 DI BAWAH DANA KELESTARIAN PENYELIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN TINGGI (DKP JP)

Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Geran GET Tahun 2026 mulai 1 Mac 2026. Maklumat serta tarikh pembukaan permohonan Geran Penyelidikan Eksploratori dan Transformatif (GET) adalah seperti berikut:
|
Geran Penyelidikan |
Tarikh Permohonan Dibuka |
Tarikh Tutup Penghantaran Permohonan ke PTJ |
Tarikh Penghantaran Permohonan ke RCMO |
|
Geran Penyelidikan Eksploratori dan Transformatif (GET) |
1 Mac 2026 |
14 Mac 2026 |
18 Mac 2026 |
Permohonan GET Tahun 2026 merangkumi isu-isu penyelesaian di bawah skop Trend Mega yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Trend Mega yang dikenalpasti oleh Jabatan ini adalah seperti berikut:
Jumlah peruntukan (siling) adalah terhad kepada RM250,000.00 bagi setiap projek dan tempoh penyelidikan yang dibenarkan adalah dua (2) atau tiga (3) tahun. Peruntukan dan tempoh penyelidikan yang dimohon mestilah berpadanan dengan skop projek penyelidikan dan mestilah memenuhi syarat dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan GET (Tahun 2026) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPT yang berkuat kuasa.
Setiap permohonan juga perlu menepati syarat-syarat seperti berikut:
|
Pemohon Pemohon yang telah diluluskan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) pada fasa yang terdahulu akan diberi pertimbangan sekiranya projek-projek tersebut telah selesai dan disahkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) institusi. Pemohon diwajibkan mengemaskini dan melengkapkan Laporan Prestasi/Laporan Akhir. |
Sehubungan itu, setiap PTJ dipohon untuk mengadakan Sesi Penilaian permohonan GET di peringkat PTJ dahulu dengan bantuan Pakar Rujuk PTJ/Panel Penilai di PTJ masing-masing sebelum permohonan dihantar kepada RCMO. Proses/cara penilaian permohonan GET di peringkat PTJ bergantung kepada PTJ masing-masing. HANYA permohonan GET yang telah dinilai di peringkat PTJ akan diproses/dinilai di peringkat RCMO sebelum dihantar kepada Kementerian.
Senarai permohonan GET yang telah dinilai daripada setiap PTJ perlu dikemaskini dalam lampiran yang disediakan selepas tarikh tutup permohonan GET di peringkat USM. Permohonan GET yang tiada dalam senarai daripada PTJ TIDAK akan dinilai di peringkat RCMO. Pautan dokumen permohonan GET serta tarikh akhir penghantaran permohonan (peringkat PTJ/RCMO) dilampirkan untuk rujukan dan tindakan YBhg.Dato’/Datuk/Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan selanjutnya
GET 2026.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg.Dato’/Datuk/Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi :
|
Bil |
Geran Penyelidikan |
Pegawai dihubungi |
|
1. |
Geran Penyelidikan Eksploratori |
Puan Mazlita Binti Zainal Abidin
Puan Nurul Farhana Binti Che Hassan
Encik Nor Azam Bin Samsudin
|
|
2. |
Geran Penyelidikan Transformatif
|
Puan Irni Syuhada Binti Ibrahim
Puan Nur Liyana Najwa Binti Shaharuddin
|
Sekian, terima kasih.
- Hits: 519