Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

PELAWAAN PERMOHONAN DANA PEMACU 2.0 DI BAWAH KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI (MOSTI)

eposter HEBAHAN PELAWAAN PERMOHONAN DANA PEMACU 2.0 DI BAWAH KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI INOVASI MOSTI

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan Dana PEMACU 2.0 selaras dengan permulaan fasa baharu Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

Di bawah fasa baharu ini, skim pendanaan strategik Dana PEMACU 2.0 akan menyokong pelaksanaan dasar, pelan hala tuju dan inisiatif Kerajaan dalam bidang fokus utama MOSTI. Dana ini bertujuan untuk:

  • Menjana penyelesaian teknologi, produk dan proses inovatif berimpak tinggi kepada sosioekonomi negara;
  • Mematangkan teknologi ke arah pengkomersialan bagi merapatkan jurang Valley of Death berdasarkan Tahap Kesediaan Teknologi (TRL); dan
  • Memperkukuh ekosistem Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Malaysia.

Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Prof./Dr. yang berminat untuk memohon geran ini boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui https://sdb.mosti.gov.my sebelum atau pada 23 Mac 2026. Maklumat lanjut berhubung garis panduan dan skop pembiayaan juga boleh dirujuk melalui pautan tersebut.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk /Dato’ /YBrs. Prof. /Dr. boleh emelkan kepada irnisyuhada@usm.my dan noorshaheeda@usm.my. 

Sekian, terima kasih. 

<<Garis Panduan PEMACU 2.0>>

  • Hits: 520