HEBAHAN PELAWAAN PERMOHONAN SKIM GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN BERPASUKAN RUTEAM - PENYELIDIKAN BERIMPAK TINGGI TAHUN 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Geran Universiti Penyelidikan Berpasukan -Penyelidikan Berimpak Tinggi Tahun 2026 kini dibuka kepada semua staf akademik Universiti Sains Malaysia (USM). Permohonan ini adalah terbuka kepada staf akademik USM bertaraf tetap dan/atau kontrak.
Bersama-sama hebahan ini, disertakan Garis Panduan dan Tadbir Urus serta Borang Permohonan Skim Geran Universiti Penyelidikan Berpasukan -Penyelidikan Berimpak Tinggi Tahun 2026 untuk rujukan lanjut.
Sehubungan itu, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan mengikut pasukan secara softcopy melalui Pusat Tanggungjawab (PTJ) Ketua Pasukan beserta butiran maklumat permohonan kepada urusetia RCMO. Permohonan mestilah dihantar selewatnya-lewatnya pada 1 April 2026, Rabu dan emel ke rcmo@usm.my sebelum atau pada jam 5 petang.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Atau;
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk /Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 181