HEBAHAN PEMBUKAAN PROGRAM APEX YOUNG SCHOLAR (AYS) 2025/26

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Pengurusan Dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO) mempelawa penyelidik yang berminat dan menepati kriteria bagi Program APEX Young Scholar (AYS) 2025/26. Program ini bakal merangkumi tiga (3) fasa iaitu:
a) Pensyarah muda yang terpilih akan menyertai program kompetensi penyelidikan (RCP);
b) Mereka yang layak akan membentuk kumpulan dan seterusnya akan menganjurkan satu siri APEX YS Research Café;
c) Kumpulan penyelidik ini kemudiannya akan dijemput bagi membuat permohonan geran APEX Excellence in Research Award (APEX ERA).
Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama penyelidik yang berminat untuk mengisi Borang Penyertaan (tanpa meletakkan sebarang password/ not password protected) yang dilampirkan beserta pengesahan Ketua PTJ (Dekan/Timb. Dekan) dan menghantar kepada pihak sekretariat Puan Puteri Salamah Abdul Aziz melalui emel puteri@usm.my sebelum atau selewat-lewatnya pada 16 Mac 2026 (Isnin), 4:00 Petang.
Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr. dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
- Hits: 155