Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

PENGEMASKINIAN LAPORAN PEMANTAUAN BAGI PROGRAM/PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT) BILANGAN 1 TAHUN 2026

eposter PENGEMASKINIAN LAPORAN PEMANTAUAN BAGI PROGRAM PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH DP KPT BIL 1 TAHUN 2026

 

Seperti mana YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, program/projek penyelidikan yang telah diluluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada pemantauan secara berjadual bagi setiap enam (6) bulan sepanjang tempoh penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan adalah mengikut perancangan dan pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta pemantauan yang berkesan di peringkat IPT/institusi oleh pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).

Untuk tujuan tersebut, pihak RMC dikehendaki melaksanakan pengemaskinian prestasi fizikal dan kewangan (data sehingga 31 Disember 2025) secara manual menggunakan format microsoft excel mengikut geran penyelidikan masing-masing seperti berikut:

             (i)    Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2022 hingga Fasa 1/2024
            (ii)    Skim Geran Penyelidikan Fundamental-Penyelidik Muda (FRGS-EC) Tahun 2024
          (iii)     Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2023 hingga Fasa 1/2024
          (iv)     Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Fasa 1/2022
           (v)     Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 hingga Fasa 1/2020
          (vi)     Program Padanan Industri (IMaP) Tahun 2024
         (vii)     Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang-Jejak Sarjana Ulung (LRGS-JSU).

Untuk makluman, laporan prestasi bagi kitaran pemantauan Bilangan 1 Tahun 2026 hendaklah disediakan secara manual memandangkan sistem MyGRANTS masih belum dapat digunapakai. Sehubungan itu, pihak penyelidik dimohon untuk menghantar laporan kemajuan kitaran pemantauan Bilangan 1 Tahun 2026 ini secara salinan digital (softcopy) mengikut Borang Laporan Kemajuan yang telah dilampirkan (beserta bukti bagi penerbitan (termasuk penghargaan), bakat, IP dan prototaip (PRGS) sekiranya ada) selewat-lewatnya pada 18 Februari (Rabu) mengikut ketetapan berikut:

FRGS – Semua penyelidik perlu menghantar ke PTJ masing-masing melalui  Pejabat Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti  untuk pengesahan PTJ dan pihak PTJ akan majukan kepada sekretariat pemantauan RCMO
Cik Siti Waringin Oon - waringin@usm.my, En Amizar Ahmad - amizar@usm.my

PRGS, TRGS dan LRGS – Semua penyelidik perlu menghantar terus kepada sekretariat pemantauan RCMO

PRGS dan TRGS –Puan Irni Syuhada Ibrahim - irnisyuhada@usm.my

LRGS – Puan Nurul Farhana Che Hassan - farhana.hs@usm.my

Bersama-sama ini dilampirkan Borang Laporan Kemajuan mengikut skim geran penyelidikan masing-masing untuk kegunaan semua penyelidik.

Perhatian dan tindakan YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam penghantaran laporan kemajuan bagi pemantauan Bilangan 1 Tahun 2026 amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

  • Hits: 110