PELAWAAN CALL FOR PROPOSALS BAGI PROGRAM ICGEB MEETING AND COURSES 2027
Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan ahli kepada International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). ICGEB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa antara kerajaan (intergovernmental) yang membantu negara-negara membangun melaksanakan aktiviti penyelidikan, latihan dan pemindahan teknologi dalam bidang kejuruteraan genetik dan bioteknologi yang berpangkalan di Trieste, Itali.
Dalam hal ini, ICGEB telah membuka permohonan bagi Program Meeting and Courses 2027. Program ini bertujuan menyokong penganjuran persidangan, bengkel, kursus teoritikal dan praktikal dalam bidang sains hayat, bioteknologi dan disiplin berkaitan, selaras dengan mandat ICGEB dalam memperkukuh pembangunan kapasiti saintifik serta kerjasama antarabangsa dalam kalangan negara anggota. Antara sokongan yang ditawarkan oleh ICGEB adalah pembiayaan sehingga EUR 50,000 bagi ICGEB Meeting, EUR 25,000 bagi ICGEB Theoretical and/or Practical Event , EUR 5,000 bagi Seeds for Science dan Sponsorship of Other Meetings tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Sehubungan itu, sukacita dipanjangkan pelawaan ini kepada penyelidik di Kementerian/Jabatan/Agensi/ Institusi pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ YBrs. Dr. / Tuan / Puan sekiranya berminat untuk memohon program tersebut. Semua permohonan boleh dilaksanakan secara atas talian melalui pautan https://isg.icgeb.org/auth/login sebelum atau pada tarikh tutup permohonan iaitu 13 Mac 2026 (Jumaat). Bersama-sama ini disertakan pautan berikut untuk rujukan pihak Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ YBrs. Dr. / Tuan / Puan selanjutnya.
- General Information & Conditions for Application Call 2025 : https://www.icgeb.org/meeting-and-courses/call-for-proposal-meeting-and-courses/
- Guidelines Meeting and Courses 2027 : https://www.icgeb.org/wp-content/uploads/2025/01/Guidelines_ICGEBeventProposalsSubmission_ForUsers_V3.pdf
Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ YBrs. Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ YBrs. Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Encik Shahrul Ramadhan bin Yahaya (03-8885 8664, ramadhan@mosti.gov.my) atau Puan Nurul Hasniza binti Kamaruddin (03-8885 8536, nurulhasniza@mosti.gov.my).
Sekian, terima kasih.
- Hits: 151