Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

LANJUTAN TEMPOH TARIKH TUTUP PERMOHONAN SKIM GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI (RUTRANS) TAHUN 2025

eposter LANJUTAN TEMPOH TARIKH TUTUP PERMOHONAN SKIM GERAN RUTRANS 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Geran Universiti Penyelidikan Transdisiplinari (RUTrans) Tahun 2025 kini dibuka kepada semua staf akademik Universiti Sains Malaysia.

Setiap permohonan mestilah berpandukan pada Garis Panduan Permohonan Dan Tadbir Urus Skim Geran Universiti Penyelidikan Transdisiplinari (RUTrans) Tahun 2025. Maklumat lanjut berkenaan garis panduan dan tadbir urus serta borang permohonan boleh dirujuk di laman sesawang Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dipautan https://research.usm.my/

Sehubungan itu, semua permohonan perlu dihantar melalui PTJ Ketua Program beserta butiran maklumat permohonan (Rujuk Format Senarai Permohonan Geran RUTrans Tahun 2025-PTJ) selewatnya-lewatnya 20 Julai 2025, Ahad (sebelum atau pada jam 5 petang ke RCMO secara salinan lembut (emel ke rcmo@usm.my)).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Puan Nur Fazilah Mohd Kassim
Penolong Pendaftar Kanan
Email: nurfazilah@usm.my              
Ext: (81) 6538
 
Puan Izadiana Ishak Ahmad  
Penolong Pegawai Tadbir                        
Ext: (81) 6552

Perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

  • Hits: 218