HEBAHAN PELAWAAN PERMOHONAN SKIM GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI (RUTRANS) TAHUN 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Geran Universiti Penyelidikan Transdisiplinari (RUTrans) Tahun 2025 kini dibuka kepada semua staf akademik Universiti Sains Malaysia.
Setiap permohonan mestilah berpandukan pada Garis Panduan Permohonan Dan Tadbir Urus Skim Geran Universiti Penyelidikan Transdisiplinari (RUTrans) Tahun 2025. Maklumat lanjut berkenaan garis panduan dan tadbir urus serta borang permohonan boleh dirujuk di laman sesawang Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dipautan https://research.usm.my/
Sehubungan itu, semua permohonan perlu dihantar melalui PTJ Ketua Program beserta butiran maklumat permohonan (Rujuk Format Senarai Permohonan Geran RUTrans Tahun 2025-PTJ) selewatnya-lewatnya 16 Julai 2025, Rabu (sebelum atau pada jam 5 petang ke RCMO secara salinan lembut (emel ke rcmo@usm.my)).
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 338