HEBAHAN PERMOHONAN ANUGERAH ANTARABANGSA KHWARIZMI KE-39


Dengan segala hormatnya kami diarah merujuk perkara tersebut di atas dan rantaian e-mel di bawah adalah berkaitan.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ingin memanjangkan hebahan berkaitan Call for Application bagi Anugerah Antarabangsa Khwarizmi ke-39 (39th Khwarizmi International Award - KIA) yang dianjurkan oleh Iranian Research Organization for Science and Technology (IROST), yang juga merupakan hos kepada IORA Regional Centre for Science and Technology Transfer (RCSTT).
Anugerah ini diberikan setiap tahun bagi menghargai pencapaian cemerlang penyelidik, pencipta dan inovator dari seluruh dunia dalam pelbagai bidang penyelidikan seperti berikut:
Aerospace, Agriculture and Natural Resources, Animal Sciences and Veterinary Medicine, Basic Sciences, Biotechnology and Basic Medical Sciences, Chemical Technology, Civil Engineering, Electrical and Computer Engineering, Green Technology, Industrial and Technology Management, Information Technology, Nanotechnology, Materials Engineering, Metallurgy and New Energies, Mechanical Engineering, Mechatronics, and Medical Sciences and etc.
Maklumat permohon adalah seperti berikut:
i. Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian menerusi pautan berikut: https://ka.irost.org/en/
ii. Tarikh tutup permohonan ialah pada 1 Oktober 2025 (Rabu)
iii. Garis panduan permohonan boleh dirujuk di: https://ka.irost.org/en/docs/guide/AppGuidelines.pdf
Bersama ini juga dilampirkan poster rasmi untuk rujukan dan tindakan lanjut. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan terus kepada Sekretariat IROST menerusi e-mel : khwarizmi@irost.ir
Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Dato'/ Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 253