PELAWAAN PERMOHONAN SKIM GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN BERPASUKAN RUTEAM TAHUN 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Geran Universiti Penyelidikan Berpasukan (RUTeam) Tahun 2025 kini dibuka kepada semua staf akademik Universiti Sains Malaysia.
Setiap permohonan mestilah berpandukan pada Garis Panduan Permohonan Dan Tadbir Urus Skim Geran Universiti Penyelidikan Berpasukan (RUTeam) Tahun 2025. Maklumat lanjut berkenaan garis panduan dan tadbir urus serta borang permohonan boleh dirujuk di laman sesawang Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dipautan https://research.usm.my/
Sehubungan itu, semua permohonan perlu dihantar melalui PTJ Ketua Pasukan beserta butiran maklumat permohonan (Rujuk Format Senarai Permohonan Geran RUTeam Tahun 2025-PTJ) selewatnya-lewatnya 30 MEI 2025 (JUMAAT) sebelum atau pada jam 5 petang ke RCMO secara salinan lembut (emel ke rcmo@usm.my).
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 34