Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA INOVASI SOSIAL DAN KAJIAN SOSIAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) TAHUN 2025

eposter HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA INOVASI SOSIAL DAN KAJIAN SOSIAL KPT TAHUN 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Dana Inovasi Sosial dan Kajian Sosial bagi Tahun 2025. Permohonan ini adalah terbuka kepada institusi awam/swasta dan politeknik seperti dalam senarai edaran melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) bagi universiti awam dan swasta serta Pusat Pengurusan Inovasi (PPI) bagi politeknik.

Permohonan Dana Inovasi Sosial melibatkan kerjasama strategik antara penyelidik dan perusahaan sosial dengan tempoh maksimum pelaksanaan projek selama 12 bulan, dan peruntukan dana tidak melebihi RM300,000.00 bagi setiap permohonan. Manakala, bagi permohonan Dana Kajian Sosial melibatkan kajian pemupukan nilai ihsan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Tempoh masa pelaksanaan kajian sosial adalah tidak melebihi 9 bulan, dengan siling peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi setiap permohonan 

Lanjutan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPT telah membuka   permohonan dana bagi Program Inovasi Sosial dan Kajian Sosial 2025 seperti ketetapan berikut:

Tarikh buka permohonan

:

14 Mac 2025 (Jumaat)

Tarikh tutup permohonan

:

14 April 2025 (Isnin)

Sehubungan dengan itu, kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Tan Sri/Dato Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk memanjangkan hebahan pembukaan permohonan ini kepada semua kakitangan akademik di institusi masing-masing. Bersama-sama surat hebahan ini, dikemukakan Garis Panduan Dana Inovasi Sosial dan Kajian Sosial (pindaan tahun 2025) dan juga Borang Permohonan Tahun 2025 sebagai rujukan kepada PPP/PPI dan para penyelidik. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak YBhg. Tan Sri/Dato Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh berhubung dengan pihak penyelaras seperti berikut: 

Penyelaras : Bahagian Dasar dan Penyelidikan, KPT
No. Telefon : 03-8870 5095/6875
E-mel : inovasisosial@mohe.gov.my

Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara “soft copy” kepada sekretariat RCMO dan boleh email kepada  Siti Waringin (waringin@usm.my) bagi Skop Kajian Sosial dan En Muhamad Amirul Haizad (amirulhaizad@usm.my) bagi Skop Inovasi Sosial.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/Dato Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.

  • Hits: 217