Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN KONSORTIUM KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN (KKP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) TAHUN 2025

eposter MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN KKP KPT TAHUN 2025

Untuk makluman YBhg. Dato’/Datuk/ Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan baharu bagi Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2025 mulai 3 Mac 2025 sehingga 19 Mac 2025.

KKP adalah gabungan sekurang-kurangnya tiga (3) kumpulan penyelidik dari CoE dengan CoE / Kumpulan Penyelidik lain (berbeza IPT) yang sama kepakarannya bagi melaksanakan aktiviti penyelidikan dalam bidang nic berfokus.  Bidang nic yang terlibat adalah seperti berikut : 
download

Borang permohonan dan slaid taklimat boleh dimuat turun daripada laman web research.usm.mySetiap permohonan perlu disemak dan dinilai di peringkat CoE masing-masing terlebih dahulu. Hanya dua (2) permohonan yang berlainan bidang nic bagi setiap CoE sahaja boleh dihantar ke RCMO. Pemohon dipohon untuk mengemaskini maklumat permohonan melalui pautan ini https://forms.office.com/r/jc9Twthj5x bagi tujuan semakan pihak RCMO selanjutnya.

Permohonan perlu dihantar secara hardcopy ke Pejabat RCMO dan salinan softcopy kepada irnisyuhada@usm.my dan yananajwa@usm.my selewat-lewatnya pada 19 Mac 2025 (Rabu) jam 2.30 petang. Sebarang kelewatan dalam penghantaran dokumentasi permohonan akan menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan untuk proses selanjutnya.

Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian.

  • Hits: 170