Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

PEMAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) TAHUN 2025 DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT)

eposter PEMBUKAAN PERMOHONAN PRGS TAHUN 2025

Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Tahun 2025 di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) mulai 15 Januari sehingga 24 Februari 2025.

Permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya melalui Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) yang boleh dicapai di pautan https://mygrants.gov.my .

Permohonan PRGS Tahun 2025 adalah berdasarkan kepada tujuh (7) domain penyelidikan berikut:

      (a)          Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
      (b)          Teknologi dan Kejuruteraan (TK);
      (c)          Sains Tulen dan Gunaan (STG);
      (d)          Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK);
      (e)          Sains Sosial (SS);
      (f)           Sastera dan Sastera Ikhtisas (SSI); dan
      (g)          Warisan dan Alam Sekitar (WAS).

Jumlah peruntukan (siling) adalah terhad kepada RM500,000.00 bagi setiap projek dan tempoh penyelidikan yang dibenarkan adalah satu (1) atau dua (2) tahun bagi geran PRGS Tahun 2025. Peruntukan dan tempoh penyelidikan yang dimohon mestilah berpadanan dengan skop projek penyelidikan. Permohonan yang dikemukakan juga mestilah memenuhi syarat dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan (Pindaan Tahun 2025) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPT yang berkuat kuasa.

Setiap permohonan juga perlu menepati syarat-syarat seperti berikut:

Pemohon

(a) Pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan Profil Penyelidik di dalam sistem MyGRANTS (merangkumi Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, Harta Intelek (IP), Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dan perlu disahkan oleh RMC sebelum mengemukakan permohonan. Kementerian berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tersebut tidak dikemaskini atau tidak lengkap; dan

(b) Pemohon yang merupakan Ketua Projek bagi PRGS yang telah diluluskan pada fasa terdahulu akan diberikan pertimbangan dengan bukti projek-projek tersebut telah 100% selesai di dalam Modul Pemantauan Sistem MyGRANTS dan disahkan oleh RMC serta telah selesai membentangkan Laporan Akhir di peringkat JPT KPT.

(c) Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan permohonan sebagai Ketua Projek bagi lain-lain geran DP KPT Tahun 2025.

Sukacita diingatkan bahawa semua permohonan yang dikemukakan mestilah berkualiti, lengkap, mematuhi tempoh masa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kementerian berhak untuk menolak mana-mana permohonan atau Institusi yang gagal untuk mematuhi syarat dan kriteria permohonan yang ditetapkan. 

Perhatian YBhg. Datuk /Dato’/ Profesor/ Profesor Madya Dr./ Dr. berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

  • Hits: 18