Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

CALL FOR APPLICATION: SCOPE-HE ACADEMIC CONNECTIVITY GRANT DI BAWAH GERMAN ACADEMIC EXCHANGE SERVICE (DAAD)

eposter SOCMED HEI CLUSTER CFA VF

 
Assalamualaikum wbt. & Selamat sejahtera.
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan, pihak German Academic Exchange Service (DAAD) menjemput mana-mana penyelidik yang berminat untuk memohon geran SCOPE-HE Academic Connectivity. Geran ini ditawarkan oleh EU-ASEAN Sustainable Connectivity PackageHigher Education Programme (SCOPE-HE), yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah (EU) dan bertujuan untuk meningkatkan pertukaran dan kolaborasi dalam pendidikan tinggi, penyelidikan dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Program ini dilaksanakan oleh Dutch Organisation for internationalisation in education (Nuffic) dan German Academic Exchange Service (DAAD).

Tawaran geran SCOPE-HE Academic Connectivity, sebagai sebahagian daripada SCOPE-HE, terbuka kepada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dari negara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU). Ketua kluster akan menyelaraskan kluster yang dianggotai oleh empat (4) hingga enam (6) institusi, dan bersama-sama mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti kolaborasi akademik merentasi wilayah (cth., mobiliti pelajar PhD, penyelidik, dan kakitangan, semakan kurikulum; aktiviti libat urus, dan penerbitan). Maklumat penting berkenaan geran dan permohonan adalah seperti berikut: 

  • Siling peruntukan setiap geran: €545,000
  • Tempoh pembiayaan: Januari 2025 hingga Disember 2027
  • Bidang fokus: Green Transition, Digital Transformation, Blue Economy
  • Tarikh akhir permohonan : 15 November 2024
  • Pautan kepada dokumen Call for Proposal https://s.id/014-SCOPE-HE
  • Sesi taklimat atas talian berkenaan geran:

17 Oktober 2024, 15.00 – 16.30 (waktu Jakarta)Pautan pendaftaran : https://s.id/SCOPE-HE-OIS2

eposter VISUAL INFO SESSION2 VF

Bersama-sama ini, dilampirkan poster dan dokumen call-for-proposal untuk tujuan hebahan. Kerjasama dan perhatian YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

  • Hits: 349