Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PROGRAM PADANAN INDUSTRI (INDUSTRY MATCHING PROGRAMME) FASA KETIGA TAHUN 2024

eposter IMAP 2024

 

Sukacita dimaklumkan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Program Padanan Industri (Industry Matching Programme (IMaP)) Fasa 3/2024.

Falsafah:

a) ​Universiti perlu menjadi pilihan utama kepada pihak industri sebagai rakan strategik dalam penyelidikan untuk memberi penyelesaian atau memenuhi keperluan industri melalui inovasi produk atau proses menggunakan kepakaran penyelidik. Melalui inisiatif IMaP, penglibatan industri secara langsung dalam penyelidikan dapat ditingkatkan dan dapat menggalakkan penciptaan teknologi dan inovasi dalam negara.

b) IMaP merupakan satu inisiatif yang menyokong Pelan Strategi 1.4 - Mengukuhkan Ekosistem Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan dalam Pelan Induk Industri Baharu (NIMP) 2030.

Objektif :

a) ​Meningkatkan penyelidikan dan pemindahan teknologi di antara Universiti/Politeknik dan industri.

b)   Membantu dan menggalakkan penyelidik untuk meneruskan penyelidikan berdasarkan hasil penyelidikan awal sehingga ke penyelidikan gunaan yang boleh memberikan manfaat bukan sahaja kepada industri malah komuniti.

c)  Penyelidikan yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah industri atau menambahbaik produk/proses/sistem atau lain-lain keperluan industri.

Permohonan melalui Sistem Malaysia Greater Research Network (MyGRANTS), https://mygrants.gov.my boleh mula dibuat mulai 10 September 2024 (Selasa) dan tarikh tutup penghantaran di peringkat Universiti ialah pada 23 September 2024 (Isnin).

Sesi pitching cadangan penyelidikan akan diadakan di Jabatan Pendidikan Tinggi, W.P. Putrajaya mulai 15 hingga 18 Oktober 2024 (Jadual sesi pitching akan dimaklumkan kemudian). Kehadiran Ketua Projek dan Rakan Industri secara fizikal adalah diwajibkan semasa sesi pitching tersebut.

Turut dimajukan Garis Panduan terkini sebagai rujukan YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkenaan Geran ini, YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi Puan Irni Syuhada binti Ibrahim dan Puan Noorshaheeda binti Maxtar melalui emel irnisyuhada@usm.my / noorshaheeda@usm.my .

Perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

<<LAMPIRAN KETERANGAN LANJUT TENTANG IMAP>>

<<FORMAT PITCHING & MARKAH>>

  • Hits: 55