Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

PENGHANTARAN LAPORAN PEMANTAUAN BAGI PROGRAM/PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT) BILANGAN 2 TAHUN 2024

eposter PENGHANTARAN LAPORAN PEMANTAUAN BAGI PROGRAM PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI DP KPT BIL2 TAHUN 2024

Seperti mana YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, program/projek penyelidikan yang telah diluluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada pemantauan secara berjadual bagi setiap enam (6) bulan sepanjang tempoh penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan adalah mengikut perancangan dan pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta pemantauan yang berkesan di peringkat IPT/institusi oleh pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).

Untuk tujuan tersebut, penghantaran laporan pemantauan bilangan 2 tahun 2024 akan dilaksanakan mulai 1 Ogos 2024 hingga 1 September 2024. Ketua Program/Projek hendaklah mengemukakan laporan prestasi dan kewangan  (data pencapaian sehingga 31 Julai 2024) melalui sistem MyGRANTS dalam tempoh tersebut. Pemantauan laporan prestasi program/projek penyelidikan bil. 2/2024 merangkumi skim geran penyelidikan berikut:

            (i)     Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2020 hingga Fasa 1/2023;
           (ii)     Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2022 hingga Fasa 1/2023;
          (iii)     Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Fasa 1/2020 hingga Fasa 1/2022;
          (iv)     Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 hingga Fasa 1/2020; dan
           (v)     Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang-Jejak Sarjana Ulung (LRGS-JSU).
 

       Ketua Projek dan RMC hendaklah memastikan revised proposal telah diselesaikan bagi pengisian laporan pemantauan ini.

Manakala penghantaran laporan akhir adalah dibuka sepanjang tahun melalui sistem MyGRANTS bagi membolehkan Ketua Program/Projek mengisi laporan projek selesai/tidak aktif dan pengesahan dibuat oleh RMC untuk dikemukakan kepada KPT.

Adalah diingatkan bahawa Ketua Program/Projek yang tidak melengkapkan laporan akhir dalam sistem MyGRANTS tidak dibenarkan untuk memohon mana-mana geran penyelidikan DP KPT sebagai Ketua Program/Projek atau Penyelidik Bersama seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tadbir Urus DP KPT. Pihak KPT juga berhak menentukan apa-apa tindakan yang sewajarnya terhadap penyelidik dan RMC sekiranya tidak mengemukakan laporan akhir mengikut ketetapan. Pihak RMC perlu memastikan Ketua Program/Projek menghantar laporan akhir bagi skim-skim geran penyelidikan berikut:

            (i)     Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2011 hingga Fasa 1/2019;
           (ii)     Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2011 hingga Fasa 1/2021;
          (iii)     Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) 2.0 Tahun 2020;
         (iv)     Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Fasa 1/2013 hingga Fasa 1/2019;
           (v)     Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2015 hingga Fasa 1/2018;
         (vi)     Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS-MRSA) Tahun 2015 hingga 2018;
 

Mohon semua penyelidik untuk mengemaskini data yang wajib diisi pada bahagian ‘milestone’ dan juga ‘research activities’ dan pencapaian projek beserta lampiran/bukti terutama pada bahagian penerbitan, bakat dan juga kewangan didalam sistem MyGRANTS.  Sila pastikan bukti bakat lengkap termasuk dengan surat lantikan dan surat lanjutan (sekiranya ada proses lanjutan).  Rujuk dokumen tadbir urus untuk memastikan bukti penerbitan, bakat dan IP adalah seperti yang gariskan. Contohnya hanya penerbitan yang mempunyai Penghargaan yang betul sahaja yang boleh diterima dan yang telah diterbitkan.   

Perhatian dan tindakan YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam pelaksanaan pemantauan bil. 2/2024 amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

  • Hits: 157