PELANJUTAN TEMPOH BAGI PERMOHONAN PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK 2.0 FASA 2 BAGI TAHUN 2024
Adalah dimaklumkan bahawa, Sistem PPRN pada ketika ini sedang menghadapi masalah dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha untuk menangani permasalahan ini. Dengan ini juga dimaklumkan bahawa, tempoh permohonan projek Public-Private Research Network (PPRN 2.0) bagi Fasa 2/2024 akan dilanjutkan seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh buka permohonan |
: |
13 Mei 2024 (Isnin) |
Tarikh tutup permohonan |
: |
14 Jun 2024 (Jumaat) (tarikh serahan permohonan projek kepada RCMO melalui sistem) |
Sebarang pertanyaan berhubung permohonan Projek PPRN 2.0, YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh hubungi Irni Syuhada binti Ibrahim (sambungan 6544) dan Noorshaheeda binti Maxtar (sambungan 6545).
Perhatian dan makluman YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 249