PELAWAAN PERMOHONAN ANUGERAH SANGGAR SANJUNG 2023
Seperti YBhg. Dato’/Datuk/Datin/tuan/puan sedia maklum, Anugerah Sanggar Sanjung merupakan penghargaan dan pengiktirafan Universiti kepada semua staf yang berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia [staf tetap, felo Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) dan staf kontrak termasuk staf kehormat dan staf FSRS] yang telah mencapai kecemerlangan akademik dalam bidang penyelidikan, penerbitan atau mendapat pengiktirafan dalam aspek ketokohan dan kreativiti.
Pada tahun ini, Anugerah Sanggar Sanjung dibahagikan kepada sepuluh (10) kategori seperti berikut:
Sehubungan itu, staf USM yang berkelayakan dan memenuhi syarat adalah dipelawa untuk memohon dengan melayari laman web https://mass.usm.my.
Bersama ini juga dilampirkan syarat & kriteria permohonan sebagai panduan. Tarikh tutup permohonan adalah pada jam 5.00 petang, 26 Julai 2024 (Jumaat). Permohonan yang tidak lengkap dan/atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan YBhg. Dato’/Datuk/Datin/tuan/puan boleh menghubungi pihak Urusetia iaitu Encik Muhamad Nizam Saad di talian 04-562 2677 dan Puan Noor Adnie Bajuri di talian 04-653 6549.
Saya amat berbesar hati sekiranya YBhg. Dato’/Datuk/Datin/tuan/puan dapat menghebahkan maklumat ini kepada semua staf di PTJ masing-masing. Di atas kerjasama YBhg. Dato’/Datuk/Datin/tuan/puan saya ucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 416