Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

PENCALONAN BAGI ANUGERAH ASEAN PRIZE 2024

eposter PENCALONAN BAGI ANUGERAH ASEAN PRIZE 2024 v2

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah dimaklumkan oleh pihak KLN bahawa pencalonan untuk anugerah ASEAN Prize 2024 telah dibuka bermula dari 1 Mac hingga 31 Mei 2024Penerima ASEAN Prize 2024 akan menerima trofi dan hadiah wang berjumlah USD20,000.00. Untuk makluman pihak YBrs. Puan, ASEAN Prize telah dilancarkan pada tahun 2018 semasa Kepengerusian ASEAN Singapura yang berperanan sebagai anugerah perdana bagi mengiktiraf sumbangan tokoh-tokoh atau institusi yang berpusat di ASEAN terhadap usaha mereka dalam pembangunan komuniti dan kemajuan serantau.

Oleh yang demikian, perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Puan adalah dipohon untuk membuat hebahan berkenaan ASEAN Prize menggunakan bahan promosi dan iklan yang disertakan bersama e-mel ini. Sepertimana praktis tahun-tahun yang lepas, jasa baik pihak YBrs. Puan dipohon untuk menerima dan seterusnya mengemukakan cadangan nama individu/persatuan yang berkelayakan untuk dicalonkan bagi anugerah ASEAN Prize 2024. Calon-calon yang layak perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang sah bagi mengesahkan pencapaian dan sumbangan calon dalam mempromosikan kerjasama merentas tonggak ASEAN, termasuk rancangan dan inisiatif masa depan mereka ke arah memajukan pembangunan Komuniti ASEAN. Calon juga perlu mengemukakan satu character reference bagi menilai kesesuaian calon untuk ASEAN Prize 2024Pencalonan diri sendiri dan pencalonan selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penghakiman ASEAN Prize pada pertengahan bulan Jun 2024 untuk memilih pemenang bagi edisi tahun ini.

Kerjasama baik pihak YBrs. Puan adalah dipohon bagi menghantar nama individu/persatuan melalui e-mel sebelum atau pada 18 April 2024 (Khamis) untuk tujuan penyelarasan di peringkat Kementerian sebelum diangkat kepada pihak KLN selewat-lewatnya pada 30 April 2024 (Selasa) bagi penyelarasan keseluruhan di peringkat nasional. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBrs. Puan boleh terus menghubungi focal point di KLN iaitu Puan Syarifah Jamiatul Amira secara e-mel: sj.amira@kln.gov.my atau di talian: +60388874040. Segala perhatian dan kerjasama baik pihak YBrs. Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

  • Hits: 269