Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

MATSUMAE INTERNATIONAL FOUNDATION (MIF) FELLOWSHIP PROGRAM 2025

eposter MATSUMAE INTERNATIONAL FOUNDATION MIF FELLOWSHIP PROGRAM 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah menerima pemakluman daripada Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi (BHA KPT) berhubung tawaran MIF Research Fellowship Program bagi tahun 2025 daripada The Matsumae International Foundation, Tokyo, Jepun. Program antarabangsa berprestij ini memberi peluang kepada penyelidik dari seluruh dunia untuk menjalankan penyelidikan di Jepun dalam pelbagai bidang pengajian untuk menjalankan program fellowship melalui postdoctoral.  

Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pihak  YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk menyebarluaskan pemakluman berhubung perkara ini di peringkat institusi pendidikan tinggi masing-masing. YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan juga dimohon untuk menguruskan tindakan yang dapat memastikan program Fellowship MIF 2025 ini dimohon oleh penyelidik dari institusi masing-masing. Maklumat lanjut berhubung pelawaan program ini boleh dirujuk di pautan https://www.mif-japan.org/en/fellowship/announcement/

Borang dan dokumen permohonan perlu dikemukakan menerusi emel kepada pihak MIF di application@mif-japan.org bermula 1 April 2024 sehingga 30 Jun 2024 (Waktu Piawai Jepun). Keputusan permohonan akan diumumkan di laman web MIF pada akhir November 2024 setelah dinilai oleh MIF Screening Commitee berdasarkan projek penyelidikan yang berilmiah dan berkualiti. 

Bersama-sama ini juga dilampirkan sesalinan dokumen berkaitan pelawaan ini untuk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan jua. Perhatian dan kerjasama daripada pihak  YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 Sekian. 

  • Hits: 412