PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI PERMOHONAN PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TINGGI (HICoE) TAHUN 2024
Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membantu lnstitusi Pendidikan Tinggi (IPT) mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan bidang nic. Program ini memberi penarafan kepada Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence, CoE) di IPT yang berkelayakan bagi memacu kecemerlangan penyelidikan serta perkhidmatan dan seterusnya menjadi pakar rujuk (referral point) dalam bidang nic berfokus.
Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, permohonan HICoE 2024 bagi dua (2) teras utama iaitu Teras Penyelidikan dan Inovasi serta Teras Perkhidmatan adalah tertumpu kepada empat belas (14) bidang nic seperti berikut:
14 BIDANG NIC |
|||
i. |
Makanan Food |
viii. |
Persekitaran dan Perubahan Iklim Environment and Climate Change |
ii. |
Tenaga Energy |
ix. |
Pengangkutan dan Mobiliti Transportation and Mobility |
iii. |
Tanaman Perladangan Plantation Crops |
x. |
Pendidikan Education |
iv. |
Keselamatan Siber Cyber Security |
xi. |
Perkhidmatan Perniagaan dan Kewangan Business and Financial Services |
v. |
Air Water |
xii. |
Budaya dan Industri Kreatif Creative Culture and Industry |
vi. |
Biodiversiti Biodiversity |
xiii. |
Teknologi dan Sistem Pintar Smart Technology and System |
vii. |
Penjagaan Kesihatan dan Perubatan Healthcare and Medicine |
xiv. |
Pengetahuan dan Penemuan Sains Terkehadapan Knowledge and Discovery of Frontiers |
Permohonan HICoE dibuka mulai 5 Februari 2024 sehingga 29 Februari 2024 dan segala maklumat serta dokumentasi berkaitan permohonan boleh dimuat turun melalui sesawang KPT http://www.mohe.gov.my atau http://tinyurl.com/HICoE . Setiap permohonan perlu disemak oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan diperakukan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) terlebih dahulu sebelum ianya dikemukan kepada pihak JPT.
Sukacita untuk menarik perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, hanya CoE yang memenuhi syarat asas dan melepasi markah minimum penarafan sahaja yang layak untuk mengemukakan dokumentasi kepada pihak KPT. Dokumentasi berkaitan permohonan haruslah dikemukakan secara softcopy menerusi pemacu pena (thumb drive/ pen drive) dan satu salinan hardcopy selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 jam 5.00 petang. Sebarang kelewatan penghantaran dokumentasi akan menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan untuk proses selanjutnya.
Adalah diingatkan bahawa CoE yang sedang melaksanakan penyelidikan Konsortium Kecemerlangaan Penyelidikan (KKP) adalah tidak dibenarkan untuk memohon sebagai HICoE.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh emelkan kepada irnisyuhada@usm.my dan yananajwa@usm.my.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
- Hits: 286