USM DAN UniMAIWP TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PEMERKASAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima lawatan kerja rasmi daripada barisan kepimpinan Universiti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (UniMAIWP) bagi meneroka peluang kerjasama strategik yang holistik merangkumi pelbagai bidang akademik, penyelidikan dan inovasi.
Delegasi UniMAIWP yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Prof. Dr. Azizi Ayob, turut disertai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan), Prof. Dr. Rosylin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Operasi/Pendaftar, Puan Fazlimah Mohamed @ Wahab serta Penolong Pendaftar, Puan Tahmida Abdul Manaf.
Delegasi tersebut telah disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, Prof. Dr. Habibah A. Wahab, yang mewakili Naib Canselor USM. Turut hadir mewakili USM ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Prof. Dr. Wan Rosli Wan Ish.ak, Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi, Prof. Madya Dr. Nurzalina Abdul Karim.
Wakil USM yang turut hadir ialah Prof. Sr. Dr. Mastura Jaafar @ Mustapha, yang menjalankan fungsi Pengarah Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO), Pengarah Pusat Inovasi dan Perundingan, Prof. Dr. Mohd Hazwan Hussin, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti), Pusat Pengajian Pengurusan, Dr. Nurhafiza Abdul Kader Malim serta Pegawai Tadbir Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Encik Khairul Syahmi Brahim.
Pertemuan ini bertujuan menggembleng kepakaran kedua-dua institusi menerusi sinergi antara bidang sains, teknologi dan kemanusiaan yang dimiliki USM dengan kekuatan bidang tujahan UniMAIWP, khususnya dalam bidang sains kesihatan.

Inisiatif Berimpak Tinggi Yang Dirangka:
- Penyelidikan dan Penerbitan Bersama: Permohonan geran sepadan (matching grants), pelaksanaan penyelidikan translasional, dan penerbitan akademik bersama.
- Perkongsian Fasiliti & Pengkomersialan: Pengoptimuman fasiliti makmal serta pengkomersialan produk inovasi yang mampu memberikan nilai tambah kepada sektor akademia dan kesejahteraan komuniti.
Selaras dengan prinsip USM sebagai Universiti APEX, iaitu ‘Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow’, lawatan kerja ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada menterai kolaborasi rasmi demi memarakkan lagi ikatan ukhuwah dan jalinan akademik antara kedua-dua buah institusi.
- Hits: 139