Skip to main content

Welcome to Research & Innovation @ USM Official Website Icon Facebook In circle PNG

USM JADI TUAN RUMAH SEMINAR KEBANGSAAN PENGAKAP FOKUS KESEJAHTERAAN MENTAL

USM, PULAU PINANG, 21 Disember 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi tuan rumah Seminar Kebangsaan Kesejahteraan Diri dan Kesihatan Mental Kali Ke-2 anjuran Akademi Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama USM, yang berjaya dilaksanakan dengan penyertaan peserta dari seluruh negara.

Seminar selama dua hari yang berlangsung secara hibrid di Dewan Persidangan Universiti, USM itu telah menghimpunkan seramai 317 peserta, terdiri daripada wakil universiti awam, politeknik dan sekolah menengah dari seluruh Malaysia.

DSC 6037

Bertemakan “Sedar dan Bertindak”, seminar ini telah dirasmikan oleh Mejar Jeneral Dato’ Prof. Dr. Mohd Zin Bidin, Ketua Pengakap Negara, yang menegaskan bahawa pergerakan Pengakap bukan sekadar organisasi beruniform, sebaliknya berfungsi sebagai ekosistem pembinaan sahsiah menyeluruh yang berupaya mengurangkan risiko masalah mental dan sosial dalam kalangan belia.

DSC 6115

Beliau turut menjelaskan bahawa penganjuran seminar ini berperanan sebagai platform meningkatkan kefahaman kendiri, pengurusan tekanan serta pembinaan sistem sokongan rakan sebaya, selaras dengan usaha melahirkan ahli Pengakap yang mampu berperanan sebagai rakan pembimbing yang peka, empati dan bersedia membantu.

DSC09487

Seminar ini turut diserikan dengan Majlis Pelantikan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Majlis Pengakap Daerah USM yang disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara, melibatkan pelantikan Profesor Dr. Habibah A. Wahab selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Daerah Kelanasiswa Malaysia (KSM) USM; Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Hazizan Mohd Hashim sebagai Pengerusi; serta Ts. Dr. Mohd Najwadi Yusoff dan Mohd Faizal Md Osman sebagai Ahli Majlis.

eposter USM JADI TUAN RUMAH SEMINAR KEBANGSAAN PENGAKAP FOKUS KESEJAHTERAAN MENTAL

Sepanjang seminar, para peserta telah didedahkan dengan perkongsian ilmu daripada barisan penceramah pakar bertauliah pelbagai latar belakang profesional, yang menekankan pendekatan bersepadu merangkumi aspek spiritual, emosi, kognitif dan sosial dalam memperkukuh kesejahteraan mental warga Pengakap.

DSC09571

DSC09993

 

  • Hits: 89